Rabu, Februari 26, 2014


Kelmarin, Mahkamah di Shah Alam memutuskan Presiden Pas, Hadi Awang perlu membayar RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi berhubung kes saman fitnah.

Disember tahun lalu, media melaporkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Dungun telah memfailkan saman terhadap Hadi Awang bagi membersihkan namanya susulan dikaitkan dengan pil kuda pada sebuah ceramah politik sempena Pilihan Raya Umum Ke-13, tahun lalu.

Hari ini, Yang Dipertua PAS Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir meluahkan satu pandangan yang merumuskan secara tepat dan jujur mengenai kesan daripada tindakan Mohd Shamsul di akaun Facebook milik beliau.

Ustaz Salehuddin menulis, RM2 juta untuk dibayar itu bukan masalah besar kerana satu seruan jihad dibuat maka wang akan datang melimpah.

Penulis juga yakin bukan susah untuk PAS mengumpul wang berkenaan. Ada ramai jutawan Islam yang sudi membayar. Ahli PAS jjuga tidak akan segan silu untuk memberikan wang bagi tujuan itu.

Dan jangan terperanjat, silap hari ada jutawan Islam dari UMNO sendiri akan sudi mengeluarkan duit kerana rasa hormat kepada Abdul Hadi sebagai seorang ulamak.

Namun, isu sekarang bukan RM2 juta seperti yang dikatakan Ustaz Salehuddin. Kenyataan beliau yang seterusnya yang harus diberikan perhatian dan dinilai dengan sebaik mungkin. Kata beliau, isu sekarang bukan berkaitan duit, tetapi berkaitan maruah tuan guru.

Memang betul. Andai kalau yang menyaman itu orang UMNO dan menang RM2 juta, tak jadi isu sangat. Orang akan melihat itu perang politik dan normal la kalau orang UMNO saman orang PAS atau sebaliknya.

Umpama bila DAP duk menyaman Utusan atau UMNO takda apa implikasi dari segi maruah untuk mana-mana pihak pun. Diulangi… itu normal. Tak de la orang nak pelik sangat.

Namun, bila seorang pemimpin cap ayam dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyaman Presiden PAS… yang mana mereka sepatutnya adalah sahabat… susah senang bersama… itu memang menjatuhkan maruah tok guru.

Pemimpin cap ayam cam Mohd Shamsul sepatutnya ada sedikit pemikiran yang waras la dengan meletakan Abdul Hadi di tempat yang sepatutnya… yakni Presiden kepada sebuah parti pembangkang yang bukan sahaja mempunyai legasi yang hebat, malah dihormati kawan dan lawan.

Kalau pun Abdul Hadi ada terlepas cakap, sepatutnya sebagai rakan dalam pasukan yang sama, Mohd Shamsul memaafkan beliau, bukan menyaman.

Sedih dengan PKR ni ialah ia bukanlah sebuah parti yang hebat mana pun. Selama ini, segala apa yang nampak hebat dan gagah dalam Pakatan Rakyat terutama melibatkan orang Melayu adalah kerana PAS. Tanpa PAS, tak ke mana baiknya PKR tu mahupun Si Ketua Penipu tu sendiri!!!
Categories: , ,

4 ulasan:

  1. Dulu Mohd Shamsul pernah minta berjumpa Haji Hadi tentang fitnah yg Haji Hadi sebarkan tentang Mohd Shamsul. Tetapi Haji Hadi seorang Ulam Mak ataupun Ular Mak ooi tu buat deekk. Je. Inilah orang yg belagak alim tetapi kuat berbohong dan memfitnah. Allah telah memperlihatkan kepada kita, orang yg bertopingkan ugama yg sebati dengan sifat suka memfitnah supaya kita berfikir mengunakan akai. Tak ada martabat seorang ulamak langsung.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum wmt,
    Kesian Pas. Malangnya Hadi.
    Mereka bercakap soal maruah. Mereka terlupa bahawa mereka selama ini bersekongkol dgn pemimpin tak bermaruah.

    Sedarkah ahlul-ahlul Pas bahawa Anwar memang biarkan Hadi kena hukum oleh mahkamah.
    Kepada Anwar, apabila Hadi terhukum di mahkamah, maka semua pemimpin utama Pakatan Rakyat telah menerima hukuman.

    Karpal dari DAP kerana menghina Sultan Perak. Hadi dari Pas kerana memfitnah dan pemimpn utama PKR sendiri kerana meliwat.
    Semuanya kena hukum. Bukan Nuar seorang saja.

    Apabila semua ketua parti dalam PR kena hukum, Anwar akan kata ini semua kerja jahat Najib, UMNO/BN dan kerajaan yg ada.

    Kpd juak-juak yg bahlol akan percaya apa yg Anwar cakap. Sedangkan Hadi kena hukum kerana saman peribadi oleh calon PKR. Dan ianya boleh dielakkan kalau Anwar mendamaikan mereka.

    BalasPadam
  3. Wah abang nampaknya macam nak menyebelahi siumnnongok pulak tengok ye trengganu(2008) dah lepas kedah (2013) pun begitu. sebab ketuanya tak boleh untuk di pertikaikan keputusan nya apa jadi dengan PU 2013? akhirnya semua tempat yang di pertandingkan KALAH. TUAN HAJI patut tengok siapa sebenarnya disekeliling beliau. Jangan main nak tuduh tuduh saja.

    BalasPadam
  4. PADAN MUKA, MULUT CELUPAR SANGAT YANG TAK MELAMBANGKAN SEORANG ULAMAK. MAIN PAKAI DENGAR CAKAP ORANG JE, TAK SELIDIK DULU SEBELUM BERCAKAP. MACAM NI NAK JADI PEMIMPIN...JAHANAMLAH MALAYSIA KALAU HADI JADI PM...MAIN DENGAR CAKAP ORANG..ORANG SEKELILING JE. HADI TAK ADA KREDIBILITI...BETUL LA ORANG KATA DIA TU MR. U-TURN....SEKARANG DAH TAK BOLEH TURN LAGI,MAHKAMAH DAH BUAT KEPUTUSAN..WHY NOT GUNA SAJA WANG TABUNG MEMALI YANG SENYAP SEPI SEHINGGA SEKARING UNTUK BAYAR SAMAN TU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping