Kes klip Video Tahun Baru Cina Teresa Kok yang menyinggung perasaan umum dan dianggap sebagai seditious telah mengambil masa siasatan yang bagitu panjang dan tidak dianggap urgent yang perlu ditamatkan dengan segera sebaliknya dibiarkan menjadi permainan politik yang membahayakan keselamatan umum.
Kelewatan ini telah menyebabkan orang yang pada mulanya dianggap bersalah dan berada dalam keadaan bertahan sekarang di neutralise dan menyerang balas dengan tindakan politik populis yang semakin menyulitkan kerajaan untuk mengambil sebarang tindakan.
Sementara Akhbar Utusan Malaysia mendedah dan menggambarkan Teresa Kok sebagai bersalah yang mendorongkan berbagai tindakan rakyat ,akhbar The Star membesarkan pembelaan seorang dua terhadapnya disamping pembelaan dari beberapa kerat Melayu sebagai berita utama muka satu" TAMPARAN" atau "SLAP" kapada NGO-NGO Melayu kerana tindakan melampau mereka.
Siapakah yang bersalah dalam soal ini kalau bukan kerajaan yang tidak mempunyai sense of urgency dan tidak mempunyai political will untuk memadamkan isu ini dari awal dengan kuasa yang ada padanya sebaliknya membiarkannya berpanjangan dan membuka ruang aksi dan reaksi yang menggugat keselamatan negara dan keharmonian kaum.
Dalam hal ini kita tidak mungkin dapat mengawal perasaan dan emosi rakyat untuk bertambah panas dan bertindak melampau apabila melihat kelemahan kerajaan.
Rakyat mahu menunjukan mereka lebih berkuasa dari kerajaan dan akhirnya mengambil kuasa di tangan sendiri. Salahkah mereka?
Kepada siapakah hendak disalahkan kepada wujudnya ketegangan yang semakin menghakiskan keyakinan rakyat kepada kerajaan?
Aksi dan reaksi dalam kes ini hanya menambah kesedaran rakyat di pihak kerajaan dan juga pembangkang bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang lemah.
Kepada pembangkang buatlah apa pun kerajaan Najib tidak akan berani bertindak dan di pihak penyokong kerajaan pula rasa kekecewaan semakin meluas bahawa mereka mempunyai sebuah kerajaan yang lemah..
Seluruh NGO penyokong kerajaan seharusnya bertindak memberhentikan tindakan tindakan membuat laporan polis,berteriak,menjerit dan berdemonstrasi seperti tentera upahan yang lebih mendedahkan kelemahan kerajaan.
Polis tidak dapat disalahkan dalam hal ini tetapi pertimbangan politik tentunya telah mencampuri urusan untuk membolehkan mereka bertindak pantas untuk membunuh kes ini dari awal,ketika api masih dalam sekam.
Kita mempunyai sebuah kerajaan yang berjaya menangguhkan satu demi satu masalah tetapi tidak berjaya menamatkan masalah sehingga liwat pun bukanlah lagi menjadi suatu masalah moral di negara ini sebaliknya suatu penerimaan nilai sosial yang diistiharkan oleh Mahkamah dari masa kemasa.
PS: Artikel ni Gua ambik sepenuhnya dari sini !!! Hehehe... jangan marah ye Abang Zam. Sekadar nak kongsikan pandangan...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.