Timbalan Menteri Zalim? Apa dah jadi dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Tak pasal - pasal je diorang ni nak beramuk sesama sendiri pasal apa? Pasal rakyat ke?
Rakyat ke yang dizalimi oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan tu? Jawapannya, BUKAN!!! Orang yang dizalimi oleh TMB Kelantan tu hanya seorang pengikut Husam.
Itu yang dilaporkan dalam blog penyokong tegar PAS ni. Katanya, Timbalan Menteri Besar Kelantan tu dah pecat pengikut kesayangan Si Husam tu dari KIAS. (KLIK SINI)
Takkan la sebab pecat pengikut Husam pun sampai tahap diorang nak buat demo dan mengecam tindakan yang telah dibuat? Inilah padahnya bila orang buat kerja bukan kerana perjuangan Islam. Sebaliknya hanya untuk kepetingan peribadi!!!
Nik Amar dikatakan orang bertanggungjawab atas pemecatan pegawai itu kerana surat pemecatannya ditanda tangani oleh beliau.Nik Amar adalah pengerusi lembaga pengarah KIAS. Kesilapan beliau di sini, menandatangani sendiri surat itu yang selayaknya dilakukan oleh Pengarah Eksekutif KIAS.Apabila beliau sendiri menanda tangani, ia memberi gambaran beliaulah dalangnya atau orang yang geram sangat dengan Che Ibrahim dan tindakan itu dibuat atas sentimen politik.Menurut Nik Amar pemecatan Che Ibrahim itu tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia dibuat secara sah dan ia juga demi kepentingan syarikat.Ia juga adil kerana Che Ibrahim diberi pampasan tiga bulan gaji. Sepatutnya begitulah yang berlaku dan perlu dilakukan. Tetapi,....Ada beberapa perkara yang boleh dibahaskan di sini berhubung hal ini, dan penjelasan oleh Nik Amar itu. Soal siapa dalang dan siapa wayang didalam kes ini tidak timbul.Sudah lama kedengaran cerita Che Ibrahim tidak disenangi oleh Nik Amar ini. Kenaikan pangkatnya disekat dan segala kemudahan lain tidak dipenuhi.Tentu ada sebab-sebabnya. Tidak mungkin juga Nik Amar bertindak tanpa asas atau marahkan Che Ibrahim tiada sebab. Sebab musabab itu hanya mereka sahaja yang tahu. Yang jelasnya mereka bergaduh bukan kerana kes betina, kerana kedua-duanya tidak main betina. - MSO
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.