Punya la lama diorang mesyuarat malam semalam, takkan itu je keputusan yang boleh diorang capai? Nampak sangat la yang diorang ni memang betul - betul Pak Angguk Saja.
Kali ini diorang cakap la yang diorang sokong PKR bertanding di Kajang selagi semua orang menghormati Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Kalau orang hina Si Khalid tu, diorang masih nak sokong lagi ke?
Ke mana perginya rasa marah dan dikhianati oleh PKR sebelum ni? Semuanya dah hilang dah hanya sebab nak kalahkan BN? Itu je sudah mampu membuatkan diorang lupa pada pengkhianatan PKR terhadap rakyat di Kajang?
Jika hari ini diorang boleh setuju PKR bertanding di Kajang, tak mustahil dimasa akan datang diorang akan tetap setuju dengan pelantikan Si Ketua Penipu tu sebagai MB. Mula - mula cakap memang la diorang akan buat bantahan dan sebagainya. Tapi akhirnya, jadi MUNAFIK jugak la diorang jawabnya!!!
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta mana-mana pihak menjaga air muka Tan Sri Khalid Ibrahim bersabit pertikaian statusnya sebagai Menteri Besar Selangor.Beliau sebaliknya menegaskan isu mengenai siapa calon Menteri Besar Selangor hanya akan dibincangkan sekiranya kerusi yang menjadi rebutan itu kosong."Kamu jangan jatuhkan maruah MB (Khalid). Hormat beliau. Beliau masih MB Selangor. Kita boleh bincang apabila tempat itu kosong. Sekarang kita bincang tentang PRK Kajang sebab tempat itu kosong," katanya semasa sidang medianya di Ibu Pejabat PAS, pagi tadi.Status Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mula dipertikai sejak bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh bertindak mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Keputusan itu diambil dipercayai bagi merintis jalan kepada Anwar untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar baru.Anwar sebelum ini berkata PKR melihat keperluan untuk beliau diangkat menjadi ADUN bagi membantu mematah serangan seteru politik terhadap Selangor.Ini sekaligus membayangkan kegagalan Khalid berfungsi dan menangani serangan itu sehingga memaksa PRK Kajang diadakan.
INI sume permainan ......politik xpenah bersih..mne2 pihak ttap ad motif sendiri....sama ad baik atau buruk untuk rakyat....
BalasPadamMesyuarat 1/2 jam je. masa2 lain dihabiskan dgn makan bihun goreng dgn karipap. Mahfulus mana tahan tgk bihun dok berasap depan mata.
BalasPadammahfulus....mampir dgn bengongnya..
BalasPadam