Wah!!! Kalau tengok gayanya, macam la banyak sangat Mamat tu bayar duit cukai dalam setahun. Agak - agak berapa ribu yang dia dah bayar sampai dia boleh buat kesimpulan sedemikian?
Kalau setakat bayar cukai pun tak pernah, jangan cakap banyak la. Buat mengabihkan masa je. Tak mendatangkan faedah pun sebenarnya. Sekadar nak melepaskan marah, apa gunanya?
Kalau la Mamat tu rasa duit yang dia terima tu duit dia sebab dia bayar cukai, habis orang lain ni macam mana? Orang yang tak dapat duit bantuan tu apa cerita?
Dia kata, kalau Negara ni diperintah oleh komunis pun diorang akan buat tindakan yang sama. Itu membuktikan yang Kerajaan sedia ada ni tak zalim. Masih ambik berat kepada rakyat.
Begitu jugak la dengan Kerajaan Komunis yang dia cakapkan tu. Diorang ambik tindakan pun sebab diorang rasa bertanggungjawab terhadap nasib yang menimpa rakyat.
Tapi IRONIKNYA, tak payah Negara Komunis pun. Cukup setakat kita tengok kat Pulau Pinang je. Ada ke Rejim DAPigs tu bagi bantuan bila rakyat dilanda banjir?
Inilah dasar manusia yang tak sedarkan diri sebenarnya. Dia rasa dia sorang je yang bagus. Orang lain ni tak sebagus dia gamaknya. Cakap pandai, tapi hakikatnya? Korang fikir la sendiri!!! Jenis manusia macam ni, memang patut sangat la jadi Penyokong Pakatan!!!
KUANTAN - "Ini duit rakyat!!! Rakyat yang bayar cukai!!!" Demikian kenyataan dan laungan yang diluahkan oleh salah seorang penyokong Pakatan ketika sedang beratur untuk menerima wang ehsan bantuan mangsa banjir disini tengahari tadi.Tindakan sedemikian jelas dilihat sebagai salah satu bentuk provokasi dikala pihak Kerajaan cuba membantu untuk meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa yang dilanda bencana Disember lalu.Tidak cukup dengan menimbulkan kekeliruan dikalangan penerima sumbangan sebelum ini, malah ditambah pula dengan provokasi sedemikian ditengah - tengah khalayak ramai.Turut kedengaran, kata - kata penyokong tersebut yang menyatakan bahawa bukan setakat Kerajaan BN sahaja yang akan bertindak sedemikian. Sebaliknya, mana - mana Kerajaan sekali pun akan mengambil tindakan yang sama."Walaupun Negara diperintah oleh komunis sekali pun, sudah tentu mereka akan mengambil tindakan macam ini," jelas penyokong tersebut dalam bahasa Inggeris.
kebanyakan yang banyak cakap tu mana bayar cukai. cilok sana cilok sini kalau bolih tak perlu bayar.
BalasPadam