Sememangnya pemakaian yang lain dan unik dari biasa akan menjadi topik perbualan hangat orang ramai terutamanya selebriti popular. Neelofa baru-baru ini mencetuskan fenomena viral kerana dikatakan menjadi mangsa fesyen yang dikecam oleh orang ramai.
Namun, Neelofa langsung tidak menunjukkan rasa marah atau tanda-tanda mengamuk di laman sosial beliau. Malahan menjelaskan bahawa ianya bukanlah keputusan beliau seorang untuk memakai pakaian-pakaian ini.
3 Persalinan Neelofa |
“Saya tak nak panjangkan isu ini. Daripada salah bagi kenyataan yang akan jadi lagi teruk atau besar, lebih baik saya tidak beri komen lanjut. Kalau itu (pakaian) keputusan saya seorang, saya ok tapi ini membabitkan banyak pihak.
Saya tak baca persendaan peminat, cuma apa saya dapat tengok apabila orang hantar di WhatsApp. Apa yang dipaparkan di media sosial, saya tak buka langsung.”
Jelas pereka “jumpsuit” yang disamakan dengan “Power Rangers Pink” yang dipakai Neelofa, beliau sudah memaklumkan lebih awal pada Neelofa mengenai kemungkinan penampilan itu akan disamakan dengan Power Rangers.
Jelasnya, “Material kain dia (Neelofa) beli dan kita buat apa disuruh. Dia kata nak buat “jumpsuit”, jadi kita buat “jumpsuit”.
Manakala Hatta Dolmat yang mencipta gaun berwarna neon hijau yang disamakan dengan salah-satu karakter Dragon Ball pula menjelaskan, “Neon adalah trend semasa dan beberapa pencinta serta pengkritik fesyen menyukainya. Tapi orang yang tak biasa dengan fesyen atau yang terpengaruh dengan imej-imej kartun, mereka samakan baju itu dengan imej kartun anime.”
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.