Selasa, Februari 04, 2014


Rasanya dah dua tiga hari kita cerita pasal #ProjekIstanbul ni. Tapi ada jugak orang yang tak faham mengenainya. Malah ada yang anggap ianya hanya skrip rekaan.

Maka SH ingin mengingatkan kepada yang masih lagi skeptikal dengan #ProjekIstanbul ni. Jangan ingat cerita ni didedahkan oleh geng - geng dalam UMNO atau Barisan Nasional.


Sebaliknya pendedahan mengenai #ProjekIstanbul tu dibuat oleh puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri. Setidak - tidaknya, diorang pernah menyokong puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Jadi, jangan la diorang songeh tak tentu arah pulak!!!
Anwar jadi MB? Khalid jadi MB? Azmin jadi MB? Tak penting. Yang penting kepada Anwar adalah berlakunya masalah dengan Istana, dan kemudiannya ia boleh dipanjangkan kepada suatu suasana yang lebih parah di peringkat Persekutuan.

Taktik ini tak ramai yang boleh baca. Kenapa kalau ada krisis perlembagaan ianya positif kepada Anwar? Tak mungkin Anwar sebodoh itu.

Yang Anwar nak buktikan adalah Selangor adalah permulaaan kepada perubahan Perlembagaan di Malaysia. Kuasa Raja mesti dihadkan. Tidak ada kebebasan untuk mereka buat sesuka hati.

PKR HQ sebenarnya dah siap bahan-bahan bertulis mengenai keperluan sistem Raja di Malaysia dirubah supaya lebih membenarkan proses check and balance di dalam pentadbiran.

Anwar hanya perlu ride kepada pemikiran Melayu liberal yang memang mahukan ini berlaku. Target Anwar bukan sangat jawatan MB – tetapi berlakunya masalah apabila proses perlantikan MB mahu digagalkan oleh institusi raja.

Malaysia memang perlu cepat mengambil model politik Turki. Pindaan Perlembagaan di Turki berlaku dengan cukup massive dan besar. Segalanya boleh diubah. Termasuk klausa untuk membawa bekas pemimpin ke dalam mahkamah. Ini semua sedang disusun dengan baik.

Antara pindaan yang akan Anwar cadangkan di dalam DUN Selangor, yang selari dengan apa yang yang dilakukan di Turki:-

Artikel 10 Perlembagaan Turki (Equality before the Law). Istana pun siap untuk diheret ke muka pengadilan.

Artikel Privacy Protection (tidak ada rahsia di dalam perbelanjaan Duli Tuanku Sultan dan Raja-Raja Melayu)

Artikel 54 Strike and Lockout, Artikel 125 Recourse to Judicial Review, Artikel 146 Constitutional Court dan Artikel 147 Term of Office.

Yang paling Anwar nak jual sekali adalah mengehadkan tempoh masa seorang MB memegang jawatan. Anwar tidak mahu pegang jawatan MB lebih daripada 2 penggal – dan dengan model sama, pressure akan diberikan kepada Najib untuk melakukan benda sama di peringkat Persekutuan.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Projek Istanbul - sama dengan ilmu hitam/sihir yang di amalkan oleh penceroboh Sabah - ilmu kebal halimunan... he..he...

    Akhir nya kebathilan itu akan di sanggah dan di matikan oleh kebenaran. Maka Anuar pun akan sampai masa nya setelah banyak melakukan kerosakan di muka bumi Malaysia ini....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping