Ahad, Februari 09, 2014


Sepertimana yang telah kita sedia maklum, pertemuan diantara pasukan Pahang dan JDT malam kelmarin diakhiri dengan insiden yang cukup mendukacitakan diluar stadium.

Dilaporkan dalam media - media massa, tindakan segelintir para penyokong diluar stadium sangat - sangat dikesali apabila berlakunya perbalahan yang tidak diundang.

Dalam satu paparan video yang dimuatnaik dilaman Youtube memberi gambaran jelas mengenai insiden yang berlaku dimana penyokong sudah mula membuat provokasi sebelum perlawanan berakhir.

Video berdurasi selama 5:51 minit itu memberi perspektif yang jelas mengenai insiden yang berlaku didalam dan diluar stadium selepas perlawanan tamat.


Tindakan tegas dan tangkas anggota keselamatan dalam mengawal keadaan sangat - sangat dipuji kerana berjaya mengelakkan insiden yang lebih parah daripada berlaku.

Adalah diingatkan kepada para penyokong serta peminat bola sepak tempatan. Sukan adalah salah satu cara untuk menjalinkan perpaduan diantara rakyat. Jangan ianya dijadikan medan untuk berbalah sesama sendiri. - Berita Pahang

PS: Agak - agak korang, siapa yang menyebabkan perbalahan ni? Adakah orang yang menang atau pun orang yang kalah?

Kata orang tua - tua, kalau menang, biar menang bergaya. Kalau kalah, biar kalah bermaruah. Jangan 'Yang Menang Jadi Abu, Yang Kalah Jadi Arang'.

Kepada yang menang, jangan nak bangga diri sangat dengan kemenangan tu. Usaha lagi supaya dapat menjadi lebih cemerlang dimasa akan datang.

Bagi yang tewas, belajar terima kekalahan. Jangan jadi macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Diorang memang jenis yang tak sedar diri!!! Jadi jangan kita ikut sangat perangai diorang!!!
Categories:

7 ulasan:

  1. macam gampang melayu johor..dah kalah, buatlah cara kalah..memalukan betoi! kalau betoi2 nak gaduh, yang dok pakai topeng tu pehal?! kalau berani bukaklah topeng muka tuh!

    BalasPadam
  2. Provokasi bermula dari penyokong Pahang yang memaki dan mencaci penyokong Johor. Apabila Johor membalas cacian maka penyokong Pahang telah membaling objek seperti botol air mineral dan batu. Difahamkan ramai penyokong pahang membawa batu kecil kalau kena boleh mendapat kecederaan.

    Kalah adat perlawanan. JDT tidak bawa perkara henyek benyek diperbesarkan tidak seperti T-Team. Kalahnya macam hilang satu wilayah. Aku malu jadi orang Trengganu.

    BalasPadam
  3. KESAN dr idelogi politik kebencian..abeh anak2 muda Melayu..
    Yg MULAKAN merasa BANGGA..
    Yg NAK SELESAIKAN punyalh SEKSA..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Maaf cakaplah ye, tapi bagi aku budak2 johor memang tak matang..sebabnya pe? sebabnya kalau x kerana anggota polis yang menghalang penyokong pahang aku berani jamin lunyai budak2 johor kena lenjan dengan pahang..cuba bayangkan penyokong pahang yang beribu2 tuh bergasak dengan johor yang 100 orang tuh, agak2 sape yang menang?! jadi nasihat aku, kalau nak tunjuk gangster pun agak2lah..jangan ingat dah tengok KL Gangster 10 kali lu orang pun nak tunjuk ganster jugak! itu filem boleh lah hero tibai 10 orang selamber je..ini realiti, sekali kena makan x habis..jadi renti2kanlah nak jadi gngster taik kucing..banyak lagi benda berfaedah boleh buat!

    BalasPadam
  6. Pelik. Datang nk tengok bola pakai mcm gangster dgn jaket hitam n mask bagai. Nampak mcm dh sepakat sebab semua berpakaian mcm tu. Nk tgk bola ke nak tunjuk kekuatan?

    Ramai penyokong JDT yg tunjuk isyarat mencarut. Apa yg nk dibuktikan? Gayanya macam Melayu tapi Islamkah cara sebegitu?

    JDT memang pasukan termahal setakat ni tapi belum tentu pasukan terhebat.

    BalasPadam
  7. Nasib baik aku x mint bola.g mancing udang lg best.smue kwn.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping