Rabu, Februari 12, 2014


Wah!!! Kalau tak de kontroversi memang tak sah gamaknya dia ni. Semalam kita dah baca cerita pasal dia mengelirukan rakyat. Hari ni, kejadian tu tak berulang dah katanya.

Yang ada hanya khabar angin dikalangan penerima yang terdengar kata ada ura - ura Si Fuziah tu nak bagi sumbangan sebanyak RM 500 pada 22 Februari di Pejabat Khidmat dia.

SH terima satu kiriman SMS memaklumkan mengenai perkara tersebut dan bertanya dimana lokasi pejabat Si Fuziah tu. Mungkin pengirim tu berminat nak ambik sumbangan tu kot.

Persoalan mengenai khabar angin tu SH ajukan kepada Si Fuziah tu dalam laman mikroblog twitter untuk memastikan sama ada perkara itu benar atau pun tidak.


Dengan jawapan yang cukup klise, Si Fuziah tu kata diorang tidak mempunyai budget untuk mengambil tindakan tersebut sekali gus menafikan khabar angin tersebut.


Pelik jugak. Takkan la tak de budget lansung nak bantu rakyat? Selama hari ini, yang dia berjanji macam - macam dengan rakyat tu apa kejadahnya? Takkan setakat nak bantu diorang guna air liur je kot.

Persoalan mengenai perkara tersebut menimbulkan satu lagi persoalan yang lain. Kalau nak bantu rakyat, dia kata tak de budget. Tapi bercuti sampai ke luar Negara, ada pulak budget ye tak?

Kan pelik tu? Bak kata seorang sahabat SH dalam laman twitter tu, kot kena gayanya nak memperjuangkan rakyat. "Demi Rakyat" sangat katanya. Tapi bila time nak membantu, banyak pulak alasannya.

Senang sangat la jadi pemimpin kalau macam tu. Setiap kali rakyat datang nak mintak bantuan, dia akan bagi jawapan "Kita tak de Budget". Kalau tak de budget, tak payah sibuk la nak jadi wakil rakyat!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping