Selasa, Mac 04, 2014


Memang nampak sangat la yang Si Ketua Penipu tu cuba nak menegakkan benang yang basah. Dah terang - terang Si Rafizi tu buat tuduhan, pun dia masih nak cover line lagi.

Susulan dakwaan yang dibuat oleh Si Rafizi tu terhadap perjanjian MoU Air Selangor sebelum ini, Si Ketua Penipu tu kata tak salah jika Si Rafizi tu bertanya.

Tambah Si Ketua Penipu tu lagi, Si Rafizi tu katanya dah baca isi kandungan perjanjian yang telah dimeterai oleh Rejim Pakatan Selangor tu dengan kerajaan Pusat.

IRONIKnya, kenyataan Si Ketua Penipu tu dinafikan pulak oleh Si Khalid Ibrahim dalam satu sidang media yang sama. Duduk sebelah - sebelah pun diorang boleh berbalah?

Kata Si Khalid Ibrahim tu, setakat ini tak de siapa pun yang pernah melihat atau membaca isi kandungan perjanjian tersebut. Ianya hanya akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.

Malah, jelas Khalid, dia sendiri pun baru hari ni nak pergi ambik semula dokumen perjanjian tersebut di Putrajaya untuk berbincang mengenai pelepasa dokumen berkenaan.

Nah!!! Macam mana pulak Si Ketua Penipu tu kata yang Si Rafizi tu dah baca isi kandungan perjanjian tu? Kalau dia dah baca, macam mana pulak dia boleh dapat jumlah 20billion seperti yang didakwa?

Kalau kita baca kenyataan Si Rafizi tu, tak nampak lansung macam dia sedang bertanyakan soalan. Sebaliknya, ianya lebih kepada dakwaan kononnya berlaku penyelewengan dalam perjanjian tersebut.

Rafizi dengan jelas dilaporkan menyangkal kenyataan yang dibuat oleh Khalid Ibrahim yang mengatakan kos keseluruhan penstrukturan tersebut menelan belanja sebanyak RM 9.65 billion.

Jelas Khalid, dakwaan sebanyak RM 20billion yang dibuat oleh Si Rafizi tu sebelum ini hanya satu andaian dan tuduhan yang tidak berasas semata - mata.

Dalam erti kata lainnya, Si Khalid tu mengakui bahawa dakwaan Si Rafizi tu satu tindakan 'Fitnah' yang sengaja dibangkitkan bagi memburuk - burukkan imej Khalid sebagai Menteri Besar. Fitnah macam tu pun Si Ketua Penipu tu masih nak cuba coverline!!! - seterusnya...
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping