Selasa, Mac 04, 2014


Jika semalam kita digemparkan denga berita seorang ahli Politik terlibat dengan kes khalwat. Siapa la gamaknya ye. Blogger MSO kata dia kenal. Berikut SH siarkan artikel dari blog dia.
Semalam saya menerima pesanan rengkas (sms) dari seorang rakan memaklumkan ketua kepada sayap sebuah parti politik telah ditangkap berkhalwat. Menurut rakan itu, dia minta saya menyiasat mengenal pasti siapakah gerangan yang kena tangkap atas alasan saya ada konteks dengan orang politik di negeri bahagian Utara itu.

Saya hanya mendiamkan sahaja, dan beranggapan maklumat itu kisah lama. Sebelum ini seorang ketua kepada sayap parti juga dilaporkan ditangkap kerana berkhalwat dengan pasangannya seorang pemimpin tertinggi parti di negeri di Utara juga. 

Sebelum itu ketua sayap parti itu dilaporkan pernah makan angin dengan seorang pemimpin parti berkenaan. Dan hri ini, apabila membaca laporan di portal berita akhbar PB, baru saya ingin memberi reaksi kepada pesanan rengkas kawan semalam. 

Menurut laporan portal berita berkenaan kejadian itu berlaku di Utara Tanah Melayu. Ini kerana pihak penguatkuasa agama negeri di Utara yang membuat serbuan.

Portal berita yang dikenali sebagai suka mendedahkan isu-isu seks dan sering disaman oleh pemimpin pembangkang itu bagaimana pun tidak mendedahkan identiti pasangan yang diserbu itu. Tetapi ia memberi "kode" wanita yang ditangkap itu seorang janda, berusia 34 tahun tanpa anak, manakala pasangan lelakinya berasal dari Terengganu.

Tangkapan dibuat di sebuah hotel sekitar jam 10:00 malam setelah mendapat maklumat orang ramai.

Kalau dipadankan dengan pesanan rengkas yang dihantar oleh kawan semalam, maka tidak dinafikan lagi bahawa wanita itu adalah ketua kepada sayap parti berkenaan. Seorang sahabat yang dihubungi di Utara enggan mengulas lanjut tetapi tidak menafikan ada mendengar hal itu.

"Ada tetapi tak tahu sapa, sheikh..?' kata kawan di Utara itu.

Menurut laporan berkenaan yang memetik jurucakap peguatkuasa agama itu, ketika serbuan itu dibuat pemimpin dari Terengganu itu hanya memakai tuala dan kemeja T manaka ketua sayap parti itu pula berada di atas katil dengan memakai baju lengan panjang dan berkain batik. (Mungkin kain batik Terengganu?). Tidak mungkin juga lelaki dari Terengganu itu berada di hotel hanya untuk kencing atau buang air besar?

Mereka akan disiasat dibawah Seksyen 9, Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri (Utara) membawa kepada denda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.


Jangan banyak soal tentang siapa dan mengapa, sama-sama kita tunggu pasangan berkenaan akan diseret ke mahkamah. 

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping