Rasanya dah lebih 72 jam dah dari tempoh masa yang disebut sebelum ini. Tapi bibit - bibit penyelesaian masih tak nampak - nampak jugak. Apa cerita sebenarnya ni?
Minggu lepas, kes saman fitnah sebanyak RM 2juta oleh calon PKR terhadap Presiden PAS tu menjadi satu topik yang hangat diperkatakan dalam laman media sosial.
Rata - rata pelbagai pihak mendapati kes tersebut merupakan konflik terkini diantara kepimpinan Pakatan Haramjadah tu sesama sendiri. Nampak gayanya, wujud ketidak - sefahaman diantara mereka.
Rakyat diperingkat bawahan sama ada yang menjadi ahli parti Politik atau pun Non-Partisan menganggap kes tersebut sebagai kes saman diantara PKR terhadap PAS.
Malah dikalangan ahli serta pemimpin PAS sendiri menganggap tindakan calon PKR yang saman Hadi Awang tu sebagai satu penghinaan terhadap Presiden mereka.
Disebabkan kecaman dan timbul rasa tidak puas hati dikalangan ahli - ahli serta pemimpin PAS serata Negara membuatkan kepimpinan PKR jadi tak tentu arah.
Nak pulak dalam keadaan mereka sedang sibuk menagih simpati serta sokongan dari PAS untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang. Maka, satu tindakan segera perlu dilakukan.
Sejurus selepas itu, keluar la satu kenyataan dari mulut Si Siputdin Nasution tu yang mengatakan bahawa kes tersebut akan diselesaikan dalam tempoh 72 jam.
Ianya akan diselesaikan oleh Pengerusi PKR Terengganu, Si Azan Ismail tu sendiri. Maka tempoh yang diberikan kepada Azan tu sampai sekarang ni masih tak de sebarang keputusan.
Sebaliknya Si Azan tu kata, pengumuman mengenai jalan penyelesaian tersebut akan diumumkan oleh Si Ketua Penipu tu sendiri. Pun sampai hari ni, tak de dengar cerita apa pun.
Maka kesimpulan yang dapat kita buat cukup mudah. PKR ni memang ada hasrat nak menghina Presiden PAS tu secara terang - terangan. Tu pasal la sebelum ini pun diorang tak ambik tindakan.
Malah, bila kes tu timbul pun diorang masih lagi tak buat apa - apa. Itu menunjukkan yang PKR ni tak hormat lansung pada PAS. Bagi diorang PAS hanya setaraf Pak Angguk Saja. Tu pasal la diorang boleh hina pemimpin PAS tu sesuka hati diorang!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.