Rabu, Mac 05, 2014


Baru-baru ini, muncul isteri kepada kekasih Hanez Suraya yang rupanya masih bergelar suami orang setelah Hanez cuba meyakinkan orang ramai bahawa jejaka itu seorang duda.

Bersama bukti-bukti yang menunjukkan Hanez telah bercuti bersama dengan R ke merata tempat, Liyana sebagai isteri R merasa kecewa dan mengeluarkan kenyataan yang diterbitkan dalam sebuah akhbar semalam.

“Saya nak tanya bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kenapa Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai? Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah-olah saya tunggul kayu sedangkah saya masa isteri Mr. R yang sah.”

“Teman baik saya terkejut dan bertanya kepada sah. Dia melihat saya dan suami OK, tapi tidak tahu kisah sebaliknya. Di situlah saya mula tahu suami menjalinkan hubungan dengan Hanez. Tidak lama selepas itu, saya mendapat bukti gambar mesra dan percutian mereka.”

“Dan ini buktilah yang saya nak tunjukkan. Gambar mesra ketika menyambut hari jadi Mr R dan percutian mereka ke Bangkok, Thailand. Sebelum ini saya mendiamkan diri, tapi saya juga manusia. Walaupun hati saya terluka, tapi saya bukan wanita yang tidak bermaruah.”

Katanya Hanez perlu bertanya dahulu sebelum buat kenyataan tentang status suaminya. Dan beliau sendiri tidak mencari wartawan untuk menghebahkan perkara ini dan wartawan yang mencarinya.

“Dulu saya dan suami bertapan dari bawah mengusahakan sarikat pembinaan bersama. Susah senang kami bersama. Tapi adatlah manusia, apabila sudah kaya raya, saya dicampak ke tepi. Saya berhenti kerja dan meninggalkan apa yang diusahakan bersama.”

“Biarlah hidup saya susah, namun untuk bermadu tidak sama sekali. Sebenarnya saya sudah kering air mata mengenangkan apa yang berlaku. Sejak tidak tinggal sebumbung, nafkah anak kedua pun suami tidak pernah hulur. Saya terpaksa mencari kerja untuk menyara anak.”

“Apa perasaan anda (Hanez) jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri, saya diperlakukan seperti patung bernyawa. Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula. Saya tidak minta jadi begini, jadi tolong hormat perasaan saya selagi saya masih bergelar isteri Mr. R,” kata Liyana mengakhiri perasaan marahnya terhadap Hanez.
Categories:

3 ulasan:

  1. Disclaimer
    Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

    Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

    Apa kaitan artikel di atas dgn "disclaimer" ni?

    BalasPadam
  2. LAKI ORANG RUPANYA. MAKAN ANGIN LUAR NEGARA. OK LA TU....SAMBIL MENYELAM MINUM AIR.
    NANTI DRAMA APA PULAK DIA NAK BERLAKON DEPAN REPORTER.....
    CAYALAH...BOLIH DIBUAT CONTOH OLIH PARA REMAJA.....

    BalasPadam
  3. aduh2 sayang.... mengape kau curang'' aduh2 sayang.. sayang...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping