Isnin, Mac 03, 2014


Apa yang nak dipedulikan sangat dengan maruah Si Hadi Awang tu? Dia sendiri yang cari penyakit. Jadi, dia la yang kena tanggung. Kenapa pulak PAS yang nak pikul beban tu ye tak.

Yang buat dakwaan terhadap calon PKR tu jual pil kuda bukan PAS. Tapi ianya "pandangan peribadi" Si Hadi Awang tu sendiri. Ianya tak de kena mengena dengan pendirian PAS.

PAS tak kisah kalau orang luar tuduh Presiden parti tu menabur fitnah yang bukan - bukan terhadap orang lain. PAS tak ambik kira sangat pasal maruah Si Hadi Awang tu secara peribadinya.

Maka sebab itulah PAS ambik ketetapan membuat pendiran bahawa parti tu tak terjejas dengan skandal tersebut biarpun orang buat tuduhan kata parti tu suka tabur fitnah yang bukan - bukan terhadap orang lain!!! Itu je kesimpulan yang boleh kita buat!!!
KUALA TERENGGANU: Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu menganggap saman sebanyak RM2 juta oleh bekas calon PKR terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menjejaskan imej parti itu.

Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata saman bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Abdul Hadi menyebabkan parti itu terus menerima sokongan.

"Isu ini seperti fenomena setiap kali adanya pilihan raya kecil (PRK) seperti PRK Kuala Besut hinggalah ke PRK Kajang," katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Media bersama pemimpin PAS di sini.


Pada 23 Feb lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memerintahkan Abdul Hadimembayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul selepas gagal hadir untuk menjawab saman yang dikemukakan plaintif pada 5 Dis tahun lalu.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Assalammualaikum wmt,
    Oooo! Begitu rupanya sikap juak-juak Pas terhadap pemimpin mereka. Prinsipnya, 'berani buat , berani tanggung'.

    Kesian Hadi Awang... Selama ini apa yg dia kata jadi ikutan. Kini bila dia tersepit semua cabut. Apakah ini karma kerana 'petua' yg pernah dihamburnya hingga menyebabkran terjadinya Peristiwa Memali?
    Hanya Allah swt tahu.

    Yg lebih pelik lagi ialah sikap 'membisu' Timbalan Hadi - Mat Sabu?
    Tak berbunyi pun? Apa dah jadi?

    Adakah semua ini merupakan satu konspirasi terancang puak Anwarinas dalam Pas yg mahu menyingkirkan kepimpinan ulama'?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping