Isnin, Mac 03, 2014


"Tidak, saya tidak akan meminta maaf. Jika saya katakan hujan basah, adakah ia satu perkara yang boleh disaman? Adakah saya menyatakan yang benar atau sebaliknya?," katanya kepada 'The Star Online'.

Azmin dilaporkan telah mengesahkan permulaan prosiding undang-undang terhadap dua editor akhbar Suara Keadilan dan Hishamuddin terhadap apa yang didakwanya sebagai artikel fitnah.

Kedua-dua editor Najib Hashim dan Zulkiflee Anwar Haque (Zunar) bertindak balas dan menyiarkan permohonan maaf dalam akhbar edisi minggu lepas.

Artikel yang menjadi bahan perdebatan itu telah diterbitkan dalam akhbar Suara Keadilan pada 11 Februari. Hishamuddin merupakan kolumnis tetap untuk akhbar tersebut.

Minggu lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu telah memilih lima anggota untuk jawatankuasa mencari fakta yang diketuai oleh Ketua Penerangan Dr Md Nor Manuty untuk berjumpa dengan pasukan editorial penerbitan itu.

Hishamuddin dalam ruangan tetapnya menulis analisis tentang kemelut antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hishamuddin mendakwa Azmin 'mewarisi DNA Umno' dan ia tidak menyenangkan PAS dan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat.

Hishamuddin dalam tulisannya juga mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Abdul Khalid dan beberapa pemimpin lain juga mempunyai 'DNA Umno'.

"Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR.

"Jika ini hujahnya - sayugia diingatkan bahawa bukan Azmin Ali seorang sahaja yang memiliki DNA gerombolan Ketuanan Melayu. Ramai pemimpin tertinggi PKR memiliki DNA yang sama. Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution, Johari Andul, Rahim Ghause – adalah watak-watak yang dikenali umum yang memiliki DNA United Malaya National Organisation. 

"Jangan kita lupa bahawa Khalid Ibrahim juga adalah DNA ‘budak ekonomi’ United Malays National Organisation. DNA inilah yang membolehkan si Khalid ini menjadi kaya raya malah berupaya untuk berhutang berjuta ringgit," tulis Hishamuddin.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Bodoh la gay tua ni ...
    PKR ke , UMNO ke , Semangat 46 ke ....tu semua UMNO la bangang
    Semangat 46 wujud kerana ada orang UMNO tak dapat jadi persiden UMNO
    PKR pon cam tu jugak ...ada orang gila yang tak dapat jadi presiden UMNO , jadi dia tubuh PKR

    Dah tua pon bangang lagi ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye memang betul, sekor ni perangai dia kerjanya suka mengutuk umno, dia lupakah kerana perjuangan umno, bangsa Melayu Malaysia bebas dan maju yg kita nikmati hari ini.

      Padam
  2. Assalammualaikum wmt,
    Mamat ni seorang yg 'syok sendiri'. Kononnya dia seorang pejuang yg idealis.
    Kerana terlalu perasan dgn sikap idealisnya itu, dia ketinggalan dalam merebut peluang untuk jadi kaya atau sengaja ditinggalkan.

    Bagaimanapun, bila dia lihat kebanyakan pemimpin PKR sendiri ramai yg jadi kaya raya kerana jawatan, maka dia jadi meroyan.

    Bagi memujuk hatinya yg kecewa kerana tak mampu jadi kaya macam pemimpin PKR yg lain, maka dia membuat kesimpulan bahawa mereka semua adalah 'made in UMNO'.
    Lantak kaulah!

    BalasPadam
  3. setuju 100% apa yang anon 4.26 kata. semua tu adalah fakta, dan bukannya auta.

    ambik kata Tan Sri Arwahyarham P. Ramlee dalam filem Madu 3, "Dah tua pun bodoh..."

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping