Selasa, April 15, 2014


Pergh!!! Bukan mudah woo nak merasa duit Si Nurul Izzah ni sebanyak itu. Nak merasa seringgit pun sikit punya susah. Inikan pulak nak merasa sampai RM 10juta.

Dan semua duit sebanyak RM 10juta tu akan diwakafkan sepenuhnya kepada rakyat diseluruh kawasan Lembah Pantai. Pun masih lagi Si Nurul Izzah tu nak ketar lutut?

Kalau sebelum ni, puak - puak PKR tu membiarkan saja imej serta maruah Hadi Awang dipermain - mainkan kerana saman fitnah yang dibuat oleh bekas calon PKR.

Kali ini, tiba giliran SI Nurul Izzah tu pulak bakal berhadapan dengan saman kerana menaburkan fitnah yang bukan - bukan terhadap keluarga Datuk Raja Nong Chik.

Pun masih lagi Si Nurul Izzah tu nak kata dia tak de mengganggu privasi orang lain? Yang dia fitnah keluarga Raja Nong Chik tu tak pe pulak. Orang nak bercerita pasal dia tak boleh.

Belum pun kes tuntutan fasakh yang difailkan terhadap suami dia selesai dimahkamah, nampak gayanya Si Nurul Izzah tu perlu berhadapan dengan kes saman fitnah ni pulak.

Ini yang orang kata malang bertingkat - tingkat. Tapi malang ni dia cari sendiri, bukan salah orang lain. Sendiri pandai cari penyakit, sekarang sendiri tanggung la!!! Susah - susah, bayar je RM 10juta tu. Boleh jugak diwakafkan kepada rakyat!!!
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyatakan hasrat untuk meneruskan saman terhadap Ahli Parlimen pembangkang, Nurul Izzah Anwar sebanyak RM10 juta selain menuntut permohonan maaf daripadanya.

Raja Nong Chik memfailkan saman pada 17 Julai tahun lepas terhadap Nurul Izzah, Mkini Dotcom Sdn Bhd yang merupakan pemilik portal berita Malaysiakini dan wartawan Malaysiakini, Lu Wei Hoon sebagai defendan.

Raja Nong Chik mendakwa Nurul Izzah dalam satu sidang media di Bangunan Bakti, Taman Tun Dr Ismail pada 4 Mei tahun lepas telah memberikan kenyataan fitnah terhadapnya berkaitan urus niaga pembelian 4.85 hektar tanah bernilai tinggi di Bukit Kiara.

Sekiranya memenangi kes ini, beliau berjanji wang kemenangan akan diserahkan untuk kegunaan kemudahan rakyat di Lembah Pantai.

Raja Nong Chik yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai mengeluarkan kenyataan di atas ketika berucap dalam Mesyuarat Tahunan Cawangan-Cawangan UMNO Parlimen Lembah Pantai, semalam.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Undeniably believe that which you said. Your favorite justification appeared to be on the web the simplest thing to be aware of.
    I say to you, I certainly get irked while people consider worries that they just don't know about.
    You managed to hit the nail upon the top and also defined out the whole
    thing without having side effect , people can take a signal.
    Will probably be back to get more. Thanks

    my blog post ... angry birds epic cheat tool

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping