Selasa, April 15, 2014


Nampak gayanya, kempen pemilihan parti bagi jawatan Timbalan Presiden ni semakin hari semakin meruncingkan kepimpinan Parti Kecohkan Rakyat tu sendiri.

Tapi, apa boleh buat ye tak. Dah nama pun Parti Kecohkan Rakyat. Jadi, memang itu je yang mampu diorang buat. Kalau tak Kecoh, tak syok la jadinya.

Jika sebelum ini, Si Azmin tu menyerang pendekatan yang dilakukan oleh Siputdin dengan menyelar tindakannya menubuhkan kumpulan bagi menghadapi pemilihan kali ini.

Maka sekarang, giliran Si Siputdin tu pulak menempelak Azmin dengan kempen murahan yang cuba dilakukannya secara terang - terangan dalam laman media.

Yang herannya, boleh pulak Si Siputdin ni balun Si Azmin tu dengan membuat kenyataan terbuka kepada pihak media? Tak de pulak orang nak ambik tindakan terhadap dia.

Bukan ke sebelum ini, Jawatankuasa Pemilihan dah buat syarat supaya calon tak boleh jumpa dengan pihak media jika tak puas hati dengan mana - mana calon tertentu?

Tapi dalam masa yang sama, di Ibu Pejabat PKR kat Tropicana tu siap ada pulak ruang sidang media disediakan lengkap dengan 'Rostrum' dan sebagainya.

Tak de pulak pihak Jawatankuasa Pemilihan nak ambik tindakan terhadap Si Siputdin dan Si Azmin ni? Apa yang nyata, diorang meluahkan rasa tak puas hati tu terang - terangan.

Mustahil kalau Si Joe Bedul selaku Pengerusi Jawatankuasa tu tak nampak apa yang sedang berlaku melainkan dia sememangnya Buta. Setakat RETORIK, apa kejadahnya!!!

Dalam kenyataan media Si Siputdin ni menjelaskan bahawa pemilihan parti ni bukan sekadar untuk mengukur siapa yang lebih setia atau siapa yang lebih bersih.

Komen Si Siputdin tu jelas satu tindakan mempersoalkan tindakan jentera Azmin yang sejak dua menjak ni dok sibuk menjaja gambar dia tengah memapah Si Ketua Penipu tu.

Realitinya, Si Siputdin ni sebenarnya mula dihantui oleh bayang - bayang dia sendiri. Selama hari ini, dia memang ada sifat Katak yang suka melompat - lompat tak tentu arah.

Maka sebab itulah Si Siputdin ni menggelabah tak tentu arah dibuatnya. Tu pasal dia rasa terancam bila tengok gambar Si Azmin tu kamching dengan Si Ketua Penipu tu.

Apa la yang Si Siputdin tu nak takut sangat tengok gambar Si Azmin tu berlakon tengah memapah Si Ketua Penipu yang pura - pura sakit tu. 

Semua orang tau yang itu hanya lakonan semata - mata untuk menipu rakyat. Takkan la dengan lakonan macam tu pun dia boleh jadi ketar lutut dan menggelabah tak tentu arah!!! Kalau dah dasar Penipu tu, Penipu la jugak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping