Rabu, April 16, 2014


Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 35, mengecam ceramah Ustaz Don Daniyal dengan memuatnaik video yang telah diedit kerana dikatakan tidak membuat rujukan terlebih dahulu sebelum membuat ceramah.

Menurut Wardina dalam status facebooknya meminta para ulama, ustaz dan mufti di Malaysia supaya menyemak semula isi kandungan ceramah Ustaz Don Daniyal kerana kononnya dikhuatiri menyebarkan maklumat tanpa rujukan yang sahih.


Perkongsian video yang telah diedit itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada kalangan orang ramai sehingga menegur tindakan Wardina mengecam Ustaz Don Daniyal menegur Ustaz Don secara terbuka. 

Sejak akhir-akhir ini Ustaz Don Daniyal menjadi popular dikalangan umat islam dengan menampilkan ceramahnya yang agak santai dan mudah difahami oleh pendengar.

Ceramahnya di TV Alhijrah menjadi popular dan sering diikuti oleh golongan muda dan dewasa. Walaubagaimanapun Wardina sebelum ini pernah memuji ceramah yang dibuat oleh Ustaz Azhar Idrus yang menampilkan gaya rock dengan gitar.
Categories:

14 ulasan:

  1. WARDINA...ELOK YOU PI BELAJAR BAHASA ARAB DULU LA...TAK USAH PANDAI-PANDAI DOK KOMPLEN ORANG LA. ELOK YOU PI KOMPLEN PASAL PEJUANG LGBT DAN COMANGGO LA. PASAI APA YANG TU YOU SENGAP.

    BalasPadam
  2. Pada lazim nya Ustaz Don akan berlapik dengan perkara hokum apabila beliau tidak berapa pasti. Maklum lah, beliau pun manusia biasa dan kadang-kadang terlupa ayat atau hadith. Walaubagaimanapun, komen Wardina jangan dicemoh kerana ada kesahihan nya jugak dan saya pasti Usatz Don berlapang dada untuk terima sebarang teguran yang ikhlas. Tapi demi semua pihak, ada lah lebih elok kalau Wardina lebih spesifik agar Ustaz Don boleh memperbetulkan kan kesilapan. Ini pendapat saya agar jangan ada sebarang perselisihan dalam agama. Umat Islam perlu bersatu.

    BalasPadam
  3. Ada orang yang sel-sel otaknya tak berhubung! Jadi kena minum Anmum susu anak supaya sel-sel otak boleh berhubung dan boleh berfikir secara sihat.

    BalasPadam
  4. Rasulullah diperingkat awal menjalankan dakwah pernah digelar sebagai seorang lelaki gila oleh......apatah lagi pendakwah-pendakwah mutakhir yang bukan lagi bertaraf nabi, tetapi atas dasar menjalankan tugas kesinambungan dakwah, sudah semestinya berhadapan dengan cabaran-cabaran yang berterusan bukan sahaja dari mereka yang jahil tetapi juga dari mereka yang merasakan dirinya berilmu.

    Tetapi hakikat manusia yang bukan maksum, kejahilan itu juga ada pada mereka yang sudah berilmu.

    BalasPadam
  5. Selalunya orang tak berilmu DENGKI pada yang berilmu...macam orang miskin dengki orang kaya...

    BalasPadam
  6. WaDena makan tomyam

    BalasPadam
  7. Itu kalimah Allah, amacam Wardina? Tarak bising punya bila pihak sebelah sana yang buat onar! Kurang-kurang Ustad Don nih tak pernah atau jarang buat mulut busuk mcm ko! Kata nak pegi negara kapir Australia. Pergilah, kat sana mungkin ko berjaya berdakwah!

    BalasPadam
  8. Don tak tahu ke bahaya hadis palsu?

    BalasPadam
  9. wardina....demam ke? dah makan ubat????

    BalasPadam
  10. Kalau wardina condemn ust don dia juga mesti condemn ust azhar idrus, kerana dua-dua banyak nonsense. Lebih nonsense kalau condemn satu dan puji yg lagi satu. Muzik telah dihalalkan oleh mereka kerana mengikut hawa nafsu. Mencampurkan yg haq dan suci kedalam musik (bathil) adalah satu penghinaan dlm agama.

    BalasPadam
  11. Mudah mudahan Allah beri kekuatan kepada wardina yang dikritik hebat hanya kerana menyatakan kebenaran. mudah mudahan ada ganjaran untuknya dan untuk pembela agamaNya... AMIN!!!!!

    BalasPadam
  12. Harus diketahui, tegurannya adalah berkenaan kenyataan dikeluarkan oleh Ustaz don tanpa usul sahih dari sunnah dan hadith. bukan menegur keseluruhan kebaikan yang telah dibuat oleh ustadz don. yang salah perlu ditegur untuk kebenaran agama ISLAM.

    BalasPadam
  13. Sebenarnya klu kita nak cari kesalahan setiap ulama berceramah pasti kita akan dapat.. Kerana perbezaan pendapat dari segi pentafsiran.. Kelayakan utk pentafsiran juga bukan dari google.. Tp menerusi penguasaan beberapa cabang ilmu yang telah ada garispanduan.. Contohnya hadis dhaif itu bermaksud lemah dan berbeza dengan palsu.. Jadi percanggahan ini perlu rujukan yg detail dan perlu bertanya pada mereka yg sepatutnya dan bukan google.. Tp klu dah mention kat FB memang niat nak aibkan la.. Klu xcaya hatta Nik Aziz berceramah kat utube penoh komen percanggahan.. Ustaz kassim ilyas tgk komen mesti banyak.. Jadi adakah kita layak mentafsir.. Mereka sejak kecil mujahadah mencari ilmu agama.. Dan kita dengan hanya menaip google dan bertanyakan sedikit terus mengatakan mereka salah.. Klu begitu org yahudi pun leh komen kerana mereka bijak dari segi teknologi maklumat..

    BalasPadam
  14. Sebagai orang islam kita patut tau apa hukumnye bila buka aib orang.nk tegur tu biar kena tmpat.kat situ lah kita tau bezanya orang betilmu ke x.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping