Nurul Izzah Anwar sering kali diwar - warkan sebagai bakal pengganti tempat ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden PKR.
Namun yang masih menjadi misteri mengapa Nurul Izzah memilih kem Saifuddin Nasution Ismail dan menolak kem Mohamed Azmin Ali serta Khalid Ibrahim ketika mahu mengekalkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei ini.
Saifuddin, Khalid dan Azmin masing-masing membina jaringan proksi dari jawatan Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua AMK hingga ke peringkat akar umbi untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.
“Seperti yang kita tahu, Dr Wan Azizah lebih condong kepada Khalid dan sudah tentu Khalid mempunyai peluang yang amat cerah kerana mendapat sokongan padu daripada presiden.
“Saya juga melihat bahawa Anwar akan memberi sokongan terbuka kepada Saifuddin, dan Azmin akan sukar mengekalkan kedudukan beliau dalam parti,” kata Prof Dr Ahmad Atory Hussain, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), dilaporkan Bernama.
Berdasarkan senerio ini, sepatutnya Nurul Izzah memilih kem Khalid untuk melemahkan pengaruh Timbalan Presiden, Azmin Ali, namun Naib Presiden itu ada perancangannya yang tersendiri dengan memilih kem ketiga yang diketuai oleh Saifuddin Nasution.
Ulasan SiasahDaily pula mendedahkan bahawa tujuan Khalid Ibrahim bertanding adalah untuk menunjukkan tekadnya bagi melibatkan diri dengan lebih mendalam dalam Politik PKR serta meningkatkan perseteruannya dengan Azmin.
Kesimpulannya, agenda sebenar Si Nurul Izzah tu hanya lah untuk kepentingan diri dia semata - mata. Dia duduk dalam kem Saifuddin, maka dia akan selamat.
Kalau dia duduk dalam kem Azmin atau Khalid Ibrahim, kemungkinan besar dia akan ditolak oleh ahli diperingkat akar umbi kerana realitinya, ahli pun bosan dengan mereka.
Siapa yang tak muak tengok dua orang ni asyik bergaduh sesama sendiri demi kepentingan Politik peribadi masing - masing? Yang tak jadi ahli pun menyampah tak ingat dunia!!!
Jadi untuk selamatkan diri sendiri, Si Nurul Izzah tu ambik jalan yang mudah dan berpihak kepada Saifuddin. Mungkin hanya dengan cara itu dia mampu kekal untuk terus berada dalam kepimpinan PKR. Kalau tidak, kirim salam la orang nak pilih dia kali ni!!!
Ini namanya PARTI KELUARGA. Bertandinglah macamana sekalipun keputusannya tetap keluarga Anwar Azizah yang akan menerajui parti ini.
BalasPadam