Selasa, April 15, 2014


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din menasihatkan umat Islam agar tidak terjebak dengan sikap hasad dengki dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang baru sahaja sehari keluar daripada menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) berkata, sikap tercela tersebut boleh meruntuhkan perpaduan yang dicipta dan melunturkan semangat setiakawan ketika berusaha secara kumpulan.

"Jauhilah sikap yang hina dalam Islam. Sifat hasad dengki boleh hilangkan tali persaudaraan, perpaduan yang jitu akan luntur walaupun pernah satu ketika seronok berusaha membangunkan sesuatu yang berguna pada ummah," katanya semasa berucap merasmikan majlis pecah tanah dan kenduri kesyukuran pembinaan Masjid Abu Ubaidah Ibni al-Jarrah, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan semalam.

Haron memberitahu, jika sikap tersebut menular dalam masyarakat maka apa yang dirancang tidak menjadi kerana asyik bercakaran sesama sendiri.

Mac lalu, Haron mempertahankan kerajaan dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan mengatakan mereka telah melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat MH370 biarpun usaha berkenaan dikritik hebat Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. 
Categories:

2 ulasan:

  1. Terima kasih admin kerana menceritakan adanya masjid dibina di Penang. Bawah DAP. Kalau barisan bangga sangat dengan pembinaan masjid. Begitu juga aku dan Pakatan.

    Terima kasih juga kepada buat Dr. Haron Din. Eh! dia tak sebutkan kepada siapa. Maksudnya kepada admin, aku, semua orang Islam yang nakkan agama Islam dipatuhi sepenuhnya dan juga ORANG ISLAM yang cuma nak sebahagian je agama Islam dipatuhi.

    BalasPadam
  2. Tahniah....yg penting demi islam....HIDUP HUDUD

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping