Nampak gayanya "Pesta Buih" puak - puak Pakatan Haramjadah dari kalangan PKR ni semakin bertambah buruk bila timbulnya bab label melabelkan sesama sendiri.
Nak pulak bagi yang merebut jawatan Timbalan Presiden parti tersebut. Sampai tahap ada yang digelarkan sebagai "Pengkhianat" oleh pemimpin dikalangan mereka.
Dalam pemilihan kali ini, hanya kerana Si Khalid tu bertembung dengan Si Azmin secara terang - terangan, maka mula la ada yang bagi gelaran sedemikian kepada dia.
Yang bagi gelaran ni bukannya orang lain. Tapi dari mereka yang ada kedudukan serta menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen PKR tu sendiri.
Kata Ahli Parlimen PKR ni, tindakan Si Khalid tu mengugut dua orang Pegawai Kanan Bekas Ahli Parlimen Kapar sebelum ini dianggap sebagai satu pengkhianatan.
"Ia menjadi satu budaya yang tidak sihat dan ia memberikan kesan buruk kepada sosio politik dalam negara kita tidak mengira dalam parti politik sekalipun.
"Budaya ini tidak boleh diamalkan kerana mengkhianati demokrasi yang kita amalkan," kata Ahli Parlimen Kuala Langat itu kepada Antarapos ketika dihubungi.
Biarpun tuduhan dan dakwaan tersebut tidak bersandarkan kepada bukti yang sah, tapi itu semua diorang tak peduli. Yang penting diorang dapat memburukkan nama Khalid.
Kenapa sampai tahap macam ni? Sebab masing - masing bertanding bukan atas dasar kepentingan rakyat. Sebaliknya, diorang bertanding demi kepentingan diri sendiri.
Jadi, korang fikir la sendiri. Kalau dengan pemimpin yang bergelar sebagai Menteri Besar Selangor pun diorang sanggup bagi label sedemikian, inikan pulak pemimpin luar parti tu.
Maka, tak payah la kita nak pelik sangat sekiranya diorang ni suka memburuk - burukkan pemimpin Barisan Nasional termasuk Perdana Menteri serta isterinya. Dah memang itu kerja diorang. Nak suruh jaga Kepentingan Rakyat, diorang bukan reti!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.