Hidup dia, mati dia semuanya salah UMNO. Malah dia kahwin dengan Kak Wan Omega tu pun salah UMNO. Anak dia lahir di dunia ni pun salah UMNO.
Andaikata kalau malam tadi dia tidur dan kena gigit dengan nyamuk pun dia akan salahkan UMNO juga. Kononnya UMNO berkonspirasi dengan nyamuk supaya mengigit dia.
Kesimpulannya, habis semua benda salah UMNO belaka dah jadinya. Nampak gayanya Si Ketua Penipu tu makin hari makin hilang akal, serupa orang Gila meroyan tak tentu arah.
Bab ketentuan Allah S.W.T ni dah tak wujud lagi dalam kehidupan biar pun Si Ketua Penipu tu sendiri beragama Islam dan pernah digelarkan sebagai 'Pak Sheikh' suatu ketika dulu.
Kemungkinan Si Ketua Penipu tu sekarang ni dah bertuhankan UMNO. Kalau dilihat dari satu sudut, memang itulah hakikatnya. Habis semua benda salah UMNO belaka.
Mungkin inilah yang orang kata Gila Isim tu kot. Bila diri tu terasa terlampau hebat, maka mula la seseorang manusia tu hilang pedoman dalam kehidupan sampai ketentuan Allah S.W.T pun turut nak dinafikan jugak!!!
SHAH ALAM: Jika Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggal sekalipun, PKR tetap akan salahkan Umno Barisan Nasional (BN), kata Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam.
Malah beliau berkata sikap tuding jari kepada Umno BN dalam segala hal tidak dapat dipisahkan daripada PKR.
"Bukan salah Tuhan, semua salah Umno sebab dia benci sangat dekat Umno. Tuhan dia tak marah rasanya.
"Bagi saya menyalahkan Umno ini sudah menjadi tabiat PKR dan juga orang nombor satu parti itu. Maksudnya bukan sahaja hobi tapi tabiat ini kalau dia (Anwar) mati pun dia akan salahkan Umno. Itu pun kalau dia boleh bercakap lagilah," katanya sinis ketika dihubungi Antarapos.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Anwar dan isterinya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyalahkan Umno BN di atas kegagalan Ketua Pembangkang itu bertanding jawatan presiden parti pada Pemilihan PKR 2014.
Walhal Anwar hilang kelayakan itu setelah di dapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan atas tuduhan liwat.
Selepas di dapati bersalah Anwar tetap mengumumkan dirinya untuk merebut jawatan itu daripada Azizah dan seperti yang dijangka beliau akhirnya menarik dari pada saat-saat akhir dan kemudiannya menuduh Umno BN dalang di sebalik kegagalannya itu.
Satu masa dahulu pernah berlaku di sekitar Permatang Pauh, Bukit Mertajam seorang hamba Allah berkain pelekat, berbaju melayu dan membawa sekaki payung kertas merayau-rayau sekitar stesen keretapi. Tidak meracau atau menganggu orang sangat tetapi hanya meminta sedekah. Setiap hari beliau berulang-alik menaiki keretapi dari utara ke selatan dan balik ke utara. Beliau kini telah kembali ke rahmatullah - Al-fatihah.
BalasPadamAgak-agaknya masa ini akan datang lagi seorang hamba Allah yang hampir serupa tetapi bersifat gila kuasa. Mungkin perjalanannya akan beristirihat di Sg. Buloh tak?
anwar kaya raya dapat jijah, dapat nurul, dapat menipu rakyat dapat menipu dunia pun salah umno, manusia yang tak tahu besyukur dan berterima kasih, dia akan dapat balasan dari allah yang sangat memalukan dia nanti, tunggu lah masanya akan sampai, tak kan dia boleh lari dari rakyat yang banyak berdoa supaya dia menerima balasan atas apa yang dia cakap, menfitnah, menuduh bersangka buruk, logic akal, adakah apa yang dia cakap tu betul, ramai orang dah mula sedar, dia penipu, cakap dia tak boleh pakai..cuba Tanya diri sendiri, kenapa kawan kawan dia yang cerdik pandai semua tinggalkan dia... sebab dia tidak berperinsip...menipu, putar alam..
BalasPadamstrategi PKR ialah menghentam kerajaan, menghentam UMNO, tapi rakyat dah mula sedar, semua itu adalah tidak benar, itu fitnah ketua penipu, nak jatuhkan kerajaan, kita lihat sendir, siapa yang akan tumbang, umno atau pkr,.. pertandingan laki bini nak jadi presiden dah Nampak pintu buka untuk hancurnya PKR,,, parti gila kuasa, rakyat patut sedar dan berdoa untuk Negara selamat dari tohmahan orang tak bertanggung jawap....tahu kah rakyat pelabur yang bagi kerja pada anak bangsa ialah kerana mereka percaya kepada kerajaan yang stabil, anwar ingin merosakkan kesatbilan ini,,,pelabur lari, apa anak anak Malaysia nak kerja..bolehkah anwar bagi kerja.
BalasPadamOrang yg cerdik saja yg dapat tahu akan temberang nya.
BalasPadam