Selasa, April 15, 2014


Wah!!! Ini satu manusia yang untung tak ingat dunia. Sampai dua orang sekali nak lawan dengan dia. Mampu ke dia nak layan sampai dua orang tu sekali gus?

Kalau sebelum ni kita dah dengar dan baca cerita mengenai perseteruan diantara Si Azmin dan Si Khalid Ibrahim tu. Konflik diantara mereka bukan lagi satu rahsia.

Ianya dah menjadi pengetahuan umum sampai tahap ianya mencetuskan kemelut kepimpinan yang kronik diperingkat PKR Selangor. Macam nak pecah kapal dibuatnya.

Kemelut kepimpinan itu yang menyebabkan PKR terpaksa wujudkan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang bagi menyelesaikan konflik yang sedang melanda.

Tapi apa kan daya, hajat tak kesampaian. Biar pun Si Kak Wan Omega tu menang dalam PRK Kajang, masalah diantara Si Azmin dan Si Khalid tu masih belum selesai.

Malah ianya telah melangkah lebih jauh bila masuk pemilihan parti tersebut bila kedua - duanya bertanding merebut jawatan yang sama dalam kepimpinan diperingkat Pusat.

Belum pun konflik diantara Si Azmin dan Si Khalid tu dapat diredakan, dah timbul satu lagi ancaman buat Si Azmin tu. Dia kini terpaksa berdepan pulak dengan Si Siputdin.

Pemilihan PKR belum masuk seminggu pun lagi, tapi konflik diantara Azmin dan Siputdin nampak gayanya bakal menjurus ke arah yang lebih buruk.

Nak pulak bila Si Siputdin ni bergandingan dengan Si Rafizi dan Si Nurul Izzah. Kumpulan Si Siputdin ni yang dikenali sebagai kumpulan SRI (Siputdin, Rafizi, Izzah).

Pembentukan kumpulan SRI tu sebelum ini dibidas oleh Si Azmin tu. (Klik Sini) Tapi hari ini Si Siputdin tu tetap mempertahankan tindakan yang dilakukan. 

Jelas, perbedaan pendapat diantara diorang ni memang cukup ketara. Wayang PKR ni juga dilihat semakin menarik. Maka, memang masak la Si Azmin tu bakal dikerjakan oleh dua orang pemimpin kanan dalam PKR ni. 

Masing - masing pulak cukup bernafsu nak berebut jawatan yang dia sandang pada ketika ni. Tapi apa yang diorang buat tu semuanya hanya demi kepentingan diri sendiri belaka. Bukannya diorang buat untuk rakyat!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Kerja org2 UMNO kat hotel2 KL sebelum hadiri mesyuarat MT, semuanya free.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerja2 org pkr n Pas sebelum g menyebarkan fitnah, dlm hotel n kondo mewah, x cukup po.puan jantan pun tala

      Padam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping