Itu diantara persoalan yang dibangkitkan oleh segelintir pengamal Politik sekitar kawasan Paya Besar yang ditemui baru - baru ini. Dengar kata, ada pertikaian jugak.
Sebelum ini, kita sudah dikhabarkan mengenai kedudukan 11 Cabang PKR di sekitar Negeri Pahang menyokong penuh Si Azmin sebagai Timbalan Presiden dalam pemilihan kali ini.
Laporan yang didedahkan oleh satu sumber dalaman PKR itu juga turut menyatakan bahawa 6 dari 14 Cabang PKR sudah boleh diishtihar 'Menang Tanpa Bertanding'.
"Enam cabang tersebut ialah Kuala Lipis, Raub, Temerloh, Bera, Rompin dan Pekan sudah menang tanpa bertanding dalam pemilihan pusingan pertama," kata sumber terdekat parti itu kepada Antarapos hari ini. (KLIK SINI)
Dari baki yang tinggal, hanya Kuantan dan Indera Mahkota sahaja yang bakal berhadapan dengan pemilihan apabila kedua - dua Ketua Cabang dicabar dalam pemilihan kali ini.
Nampak gayanya, tak selamat jugak la kedudukan Si Fuziah tu di Kuantan ye tak. Ada kemungkinan dia pun akan dimandikan dengan 'Air Buih' tak lama lagi.
Jadi, bagaimana pulak dengan Paya Besar? Siapa pulak yang bakal jadi Ketua Cabang setelah Ketua asalnya meletakkan jawatan menjelang Pilihan Raya Umum yang lepas?
Rata - rata pengamal Politik dikawasan ini melihat bekas calon Parlimen Paya Besar sebelum ni layak untuk mengisi kekosongan tersebut memandangkan dia dah ada nama.
Jika dilihat dari sudut logiknya pun, memang dia patut bertanding dan mengisi kekosongan jawatan tersebut memandangkan dia dah jadi calon. Orang pun dah kenal nama dia.
Kalau bukan dia siapa lagi? Ada lagi ke orang yang layak untuk mengisi kekosongan tersebut? Atau adakah orang PKR dikawasan tu sendiri pun dah mula lupa pada dia?
Hakikatnya, setiap calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini hanya mempunyai satu tujuan dalam kepala mereka iaitu harapan untuk menjadi calon itu cukup besar.
Kalau kita lihat sebelum ini pun, hampir semua Ketua Cabang mendapat peluang masing - masing. Yang tak dapat peluang tu mula la meroyan dan bertindak keluar parti.
Kesimpulannya, siapa pun calon yang berniat nak mengisi kekosongan jawatan kali ini sudah tentunya dari kalangan mereka yang mengimpikan kedudukan yang jauh lebih tinggi.
Paling tidak dapat jadi ADUN atau Ahli Parlimen. Dalam ertikata lainnya, semua orang dalam PKR ni hanya Gila Jawatan belaka. Sama Gila je dengan Si Ketua Penipu tu. Tu pasal la pemilihan kali ini dilabelkan sebagai 'Pesta Buih'!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.