Sabtu, Mei 24, 2014


“Saya tetap yakin hampir 100% hukum hudud tidak akan dapat dilaksanakan memadangkan kepada berbagai halangan dan masalah yang ada hari ini."

Itu kenyataan tegas yang dibuat oleh blogger PAS apabila ditanya mengenai isu perlaksanaan Hudud yang dicadangkan oleh Rejim PAS Kelantan baru - baru ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu dia menghadiri satu wacana bertajuk "Hudud: Ke Manakah Kelantan" yang diadakan di Kuala Lumpur sebelum ini.

Kata MSO, PAS Kelantan tidak akan mungkin dapat merealisasikan perlaksanaan Hukum tersebut selagi prasarananya tidak siap sepenuhnya.

Bagi MSO, isu berkaitan dengan perlaksanaan Hukum Hudud itu hanya timbul selepas Bekas Exco Rejim PAS Kelantan, Husam Musa mencabar Menteri Besar Kelantan.

Cabaran itu dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri dengan mendesak Rejim PAS pimpinan Ahmad Yaakob untuk menyegerakan perlaksanaannya.
“Selepas Husam buat desakan bersifat cabaran itulah, baru Ahmad Yaakub dan timbalannya ghairah untuk melaksanakan hukum hudud dengan membawa cerita untuk membawa private bill ke parlimen bagi memboleh Jadual ke 9 dipinda untuk membolehkan hukum dilasksanakan." - MSO
Nah! Dari satu sudut, tindakan yang dibuat oleh MSO jelas hanya sekadar mempertikaikan usaha yang dibuat oleh Rejim PAS Kelantan. Nak pulak bagi Menteri Besarnya yang baru.

MSO seolah - olah cuba menunjukkan yang cadangan perlaksanaan Hukum Hudud tu bukannya cetusan idea dan ilham Menteri Besar Kelantan tu sendiri.

Sebaliknya, ianya mula menjadi isu apabila Husam bersuara dalam sidang DUN. Jika Husam hanya mendiamkan diri, tak mungkin isu itu akan dibangkitkan semula.

Apa yang hairannya, kenapa MSO tidak mengajukan soalan kepada Si Husam tu terlebih dahulu berkaitan dengan isu perlaksanaan Hukum Hudud tu?

Kenapa sewaktu Husam menjadi Exco Kanan, perkara sedemikian tidak pula dibangkitkan? Kenapa selepas dia dah hilang kuasa baru dia berani nak cabar orang lain?

Tambah menghairankan, kenapa baru sekarang Husam nak pertikaikan perkara tersebut sedangkan Kanun Jenayah Syariah II sudah diluluskan hampir 20 tahun yang lalu?

Hah! Kan pelik tu? Masa ada kuasa, Si Husam tu sibuk nak buat keretapi laju, nak buat Lebuhraya Rakyat, nak bina jambatan dan sebagainya. Tak de pulak dia cerita pasal Hudud. Baru sekarang dia nak hilang akal, apa kejadahnya!!! Tak mendatangkan faedah lansung!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. PAS DALAM THE LE MA ramkapal Di lana menolak hudud. Anwa dan lks bagi amaran tanak dengar caka pas boleh GETOUt pakatan makan pasir la lu orang pas.

    BalasPadam
  2. Perkakas pas (mso) batu sedar prasarana hudud regim pss belum siap sdgkan sebelum ini nik aziz berkokok siang malam nak laksana hudud. Malah sebok pukul canang mahathir antihudud sdgkan rupa2nya mereka umpama tin kosong.

    BalasPadam
  3. Selagi PAS busuk hati dengan UMNO, selagi itulah Hudud tidak akan dapat dilaksanakan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping