PELAKON Hanez Suraya dan kekasihnya, Romie Razin Adilha Abd Jais, memfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) hari ini atas dakwaan mendedahkan tiket penerbangan mereka ke Bangkok, Thailand di laman sosial, April lalu.
Saman tersebut difailkan menerusi Tetuan Harjit Sandhu menerusi kaedah e-filling di pejabat Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor.
Hanez dan Romie dalam pernyataan tuntutan mendakwa mereka menggunakan perkhidmatan MAS ke Bangkok dan berlepas daripada pintu G8, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi pesawat MH0788.
Sebelum menaiki pesawat berkenaan, mereka mendakwa menyerahkan tiket penerbangan kepada tiga petugas di pintu tersebut.
Selepas beberapa jam mendarat di Bangkok, mereka turut mendakwa telah dimaklumkan keratan tiket penerbangan tersebut telah dimuat naik ke dalam akaun Facebook "Kami Sokong Liyana Manan" dan mendapati lebih 1,000 komen negatif berbaur cemuhan serta cacian.
Mereka mendakwa tindakan defendan mendedahkan tiket penerbangan tersebut ke laman sosial adalah tidak beretika dan melanggar Akta Pelindungan Data Peribadi (APDP) 2010.
Hanez dan Romie sebagai plaintif telah menghantar surat pada 21 April kepada MAS untuk meminta penjelasan mengenai pelanggaran APDP itu.
Pada 29 April, peguam yang mewakili kedua-dua plaintif menerima surat daripada defendan agar meminta salinan tiket tersebut diserahkan kepada pihaknya untuk tindakan lanjut.
PS: Heh! Itu hari masa mula - mula kantoi, dia dengan pakwe dia tu mati - matian tak nak mengaku kata diorang pergi ke Bangkok bercuti.
Sekarang bila semuanya dah terdedah dan habis semua kantoi belaka, diorang nak salahkan MAS pulak? Itulah bahananya kalau suka sangat menipu. Penyudahnya malukan diri sendiri je!!!
BIASALAH PELAKON.....WATAK BAIK....BAIKLAH LAKONANYA. WATAK JAHAT.....HARAMJADAHLAH JADINYA.
BalasPadamKAHWINLAH CEPAT.....MAKIN LAMA MAKIN BANYAK DOSANYA KALAU KESANA KEMARI....WALAU DENGAN KELUARGA UNTUK COVER UP......
ARTIS MEMANGLAH CAMTU. KALAU TAK BUAT CAMTU MANA NAK GLAMOR.
BalasPadam