Sepertimana yang kita ketahui hari ini, Tun Mahathir menjadi pengkritik paling lantang terhadap kepimpinan Negara dan seringkali diberi perhatian.
Kritikan dan teguran yang diberikan adalah atas dasar untuk membina kepimpinan yang lebih baik demi masa depan Negara. Komen yang diberikan kebanyakkannya berasas.
Tun tegur dan kritik sebab dia ada sebab untuk kritik. Bukan macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu yang mengkritik hanya kerana nak membantah.
Bagi Tun, kalau benda tu baik dia akan kata baik. Kalau tak baik, dia akan kata tak baik. Bukan macam Pakatan. Baik ke, tak baik ke, kritik tak tentu arah. Tak de hala tuju.
Dan perlu diingatkan, perkara ini bukan sesuatu yang baru bagi Tun. Ianya pernah dilakukan suatu ketika dahulu sehingga menyebabkan Tun tersingkir dari UMNO.
Apabila ditanya penyebab yang membuatkan Tun segera bertindak untuk menulis surat kepada Tunku Abdul Rahman yang penuh dengan kata - kata tajam, ini jawapan Tun:
"Apabila saya menoleh semula kebelakang dan membaca kembali surat tersebut, saya menyedari bahawa saya tidak sepatutnya bersikap kasar dan tidak sopan terhadap Tunku.
Saya berasa kesal tetapi perasaan saya keras pada ketika itu. Saya berpendapat, beliau telah melakukan kesilapan dan beliau perlu diberitahu mengenainya.
Ini disebabkan sebagaimana lazimnya, apabila memegang jawatan tertinggi seperti beliau, beliau tidak mendapat maklumat daripada akar umbi.
Lazimnya, penyokong - penyokong pembodek akan berada disekelilingnya dan mereka hanya akan memberitahu beliau apa - apa yang suka didengar oleh beliau sahaja.
Ini akan menyebabkan beliau mempunyai persepsi yang salah tentang banyak perkara. Oleh itu, saya fikir saya perlu membetulkannya." - Petikan dari buku: Jejak Seorang Pemimpin, Sejarah Lisan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kesimpulannya cukup mudah. Pemimpin hari ini perlu belajar untuk menerima teguran. Jangan setakat percaya pada pengampu dan pembodek yang duduk disekeliling dia je.
Kadang - kadang ada penasihat ramai ni pun tak de faedahnya jugak kalau kerja diorang setakat pandai mengampu je tak tentu arah. Tapi hasil macam HAMPAS!!!
Jangan ingat bila dah jadi pemimpin, dia tau segala - galanya. Malah pemimpin tu sendiri pun perlu tahu untuk membezakan yang mana pengampu dan yang mana pejuang sebenar. Penasihat pun kadang - kadang boleh jadi Punah-sihat!!! Takkan itu pun dia tak tau!!!
aku tengah baca buku ni...
BalasPadamazhar