Khamis, Mei 29, 2014


Wah!!! Ini zaman orang semua bercerai ni apa kejadahnya ni? Makin hari makin banyak pulak kes cerai ni dilaporkan dalam laman media. Apa ke he nyer yoep?

Suka bebenor pulak deme ni meruntuhkan masjid gamoknye ye. Ante, kalau dah tak suka, kenapa kahwin? Bila dah nak bercerai berai ni, tau pulak mintak privasi.

Yang herannya, dekat luar dok sibuk dabik dada kata dia pandai sangat nak mengawal rakyat. Pandai sangat dia nak perjuangkan itu dan ini.

Tapi hakikatnya, di rumah sendiri pun tunggang langgang. Jangan kata parti tak terurus, rumah tangga sendiri pun kucar kacir. Habis, macam mana nak membimbing rakyat?

Belum pun sah tuntutan fasakh yang difailkan oleh Si Nurul Izzah tu terhadap suami dia selesai, dah Si Nurul Izzah tu nak tuntut hak penjagaan anak pulak?

Beria - ia betul dia nak bercerai nampak gayanya. Kalau sebelum ni, dia kata dia sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan suami. Sekarang apa cerita?

Itu menunjukkan yang SI Nurul Izzah ni memang jenis manusia yang cakap tak serupa bikin. Dalam hati, dia memang nak sangat bercerai tu. Tapi bila depan media, dia kata la dia sedang cuba nak memperbaiki hubungan. Semuanya Politik belaka!!!
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar memfailkan tuntutan hadhanah (hak penjagaan) terhadap dua anaknya yang berusia tujuh dan empat tahun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, memaklumkan demikian ketika kes mereka disebut di dalam kamar Hakim Syarie Amran Mat Zain, di sini, hari ini.

Permohonan itu difailkan Nurul Izzah pada 30 April lalu melalui peguam Nor Mawaddah Ramli.

Peguam itu memfailkan permohonan dan dan menyerahkan dokumen berkaitan kepada defendan dan peguamnya pada 24 Mei lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan semula kes itu.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Azmi berkata, mahkamah turut menetapkan tarikh itu bagi membolehkan Raja Ahmad Shahrir Iskandar selaku responden bagi menyempurnakan wakalah pelantikan peguam secara rasmi.


Azmi dan peguam Syarie Zulkifly Che Yong akan menyerahkan wakalah ekoran Raja Ahmad Shahrir tidak hadir kerana berada di luar negara.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping