Isnin, Mei 12, 2014


"Parti Anak Beranak Makin Hancur Dibuatnya!!!" - Ternyata, pemilihan PKR kali ini boleh dianggap paling buruk apabila tembelang dikalangan pemimpinnya terserlah.

Tak cukup dengan skandal kepimpinan yang dikatakan kuat merasuah ahli diperingkat akar umbi, ada pula dakwaan mengatakan wujud insiden yang tak masuk akal.

Termasuk la tuduhan wujudnya kejadian 'Blackout' bagi memenangkan calon tertentu dan pengundi hantu yang diragui kesahihan keahlian mereka.

Itu pun belum masuk cerita mengenai seorang calon yang dikatakan telah diugut oleh individu tertentu turut mendapat surat amaran dari JPP. Klik sini.

Kali ini, kisah berkaitan dengan seorang lagi bekas calon Pilihan Raya yang dikhabarkan telah keluar parti ekoran teguran yang dibuat terhadap pemilihan yang dijalankan.

Walaupun bekas calon tersebut dikatakan tidak mempunyai niat sedemikian, namun dia ternyata kecewa dengan sikap yang ditonjolkan oleh pemimpin tertinggi PKR.

Bayangkan. Nak tegur kesilapan yang dilakukan oleh parti sendiri pun sampai tahap digantung keahlian? Dimana sikap terbuka PKR yang dilaung - laungkan selama hari ini?

Apa yang pasti, Demokrasi ni memang tak wujud dalam PKR. Apa yang ada hanyalah angan - angan dan cerita dongeng belaka. Semuanya sekadar RETORIK semata - mata. 

Ternyata, dasar perjuangan PKR ini bukan atas landasan Keadilan ataupun Kebebasan hak kepada rakyat. Tapi hanya sekadar untuk pemimpin - pemimpin tertentu sahaja.

Kalau setakat bercakap diorang memperjuangkan Keadilan dan Kebebasan kepada rakyat, apa gunanya. Bila ahli sendiri buat kritikan, terus kena gantung. Demokrasi apa kejadahnya kalau macam tu? Setakat pandai bercakap je, baik tak payah la nak tunjuk hebat!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Dari dulu mereka sgt suka kepd keganasan dan ber demo...contoh yg 'baik' itulah yg di serap untuk pkr ni..jadi tak hairanlah...

    BalasPadam
  2. Bertengkar. Bergaduh. Guling guling.memekik mekik itulah amalan pkr yg telah disemai oleh anu war kepada ahlinya. Sbb tu jadi macam tu dalam pimilihan. Alah bisa tegal biasa

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping