Ahad, Jun 08, 2014


Ish!!! Biar betul beb? Takkan la Abang Mat kita ni begitu berani nak perli parti kesayangan dia tu secara terang - terangan? Abang Mat tak takut kena marah ke?

Mana la tau ye tak. Nanti dek kerana tersalah tafsir, ada pulak puak - puak DAPigs tu kata yang Abang Mat Syabun kita ni cuba nak sindir diorang pulak ye tak.

Al-maklum la. Semalam kan Si Nga Kor Meng tu cuba nak membanggakan diri dengan menayang gambar dia besama dengan Hadi Awang di Istanbul.

Tup-tup hari ni, Si Mat Syabun ni boleh pulak ucap terima kasih kepada pihak Kerajaan kerana telah menghulurkan bantuan kepada Presiden PAS tu sebelum ini.

Dari satu sudut, memang nampak sangat yang Si Mat Syabun ni seolah - olah nak sindir puak - puak DAPigs tu. Diorang jangan terasa nak bangga diri sangat.

Hakikatnya, bukan diorang je yang prihatin terhadap Presiden PAS tu. Yang mula - mula hulurkan bantuan ialah pihak Kerajaan BN, sedangkan masa tu, puak - puak DAPigs ni sibuk menabur fitnah terhadap PAS dan menyalahkan PAS selepas kalah di Teluk Intan!!!
KUALA LUMPUR - Pas merakamkan penghargaan bantuan dan keprihatinan semua pihak terhadap tahap kesihatan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dirawat di sebuah hospital di Istanbul sejak 31 Mei lalu.

Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya juga turut berterima kasih di atas keprihatinan kerajaan Malaysia melalui dutanya di negara itu yang turut membantu dalam memastikan Abdul Hadi mendapat rawatan yang sebaiknya.

"Jawatankuasa Pas Pusat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu termasuk kerajaan Turki dan kerajaan Malaysia melalui setiausahanya yang menelefon sendiri presiden bertanya khabar beliau.

"Pas juga mengucapkan terima kasih kepada keprihatinan Duta Malaysia di Turki yang telah melawat presiden dua kali," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Pada hujung bulan lalu, Ahli Parlimen Marang itu dikejarkan ke hospital di Istanbul selepas beliau mengadu sesak nafas.

Mengulas lanjut, Mohamad Sabu berkata, keadaan bekas Menteri Besar Terengganu itu kini semakin pulih dan telah dibenarkan keluar dari wad biasa  hospital tersebut.


"Abdul Hadi sedang berehat di Istanbul, kesihatan semakin pulih ke arah sedia kala, tetapi beliau perlu sedikit rehat lagi selepas dinasihati doktor dan pakar perubatan hospital di Istanbul," katanya.
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Nasib baik kemepen Telok Intan 14 hari jer... kalau 60 pun hari pun bang mat sabun sanggup tunggu kerana Diana Sofya....

    BalasPadam
  2. Tu la, lain kali pegi Istanbul bagitau la kami.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping