Ahad, Jun 29, 2014


Pelakon Nora Danish menyifatkan kejadian memuat naik foto dia memegang tangan Farid Kamil di Instagtam bagi mempromosikan filem Pengantin Malam sehingga membuatkan isteri aktor itu menegurnya menjadi satu pengajaran.

Nora, 32 berkata, keadaan itu juga  akan membuatkan dia lebih berhati-hati untuk bekerjasama dengan mana-mana pelakon lelaki berstatus suami orang agar tidak melukakan mana-mana pihak.

"Kalau boleh saya enggan memberi sebarang komen berkenaan dengan isu ini sebab takut apa yang saya komen akan akan membuatkan keadaan menjadi lebih teruk.

"Cuma selepas ini saya akan lebih berhati-hati apabila bekerjasama dengan pelakon lelaki yang berstatus suami orang. Mungkin perkara ini akan menjadi pengajaran buat diri saya sendiri," katanya kepada mStar Online.


Terdahulu, Diana meluahkan perasaan tidak puas hati dalam Instagram miliknya dengan menyindir seorang artis yang memegang tangan suaminya ketika bergambar untuk mempromosikan sebuah filem.

Tanpa menyebut siapakah individu itu, umum dapat mengagak artis tersebut adalah Nora Danish yang diminta bergambar bersama Farid bagi mempromosikan filem Pengantin Malam.

Tindakan Diana telah mendapat respons kurang senang daripada sebahagian pengikutnya di Instagram malah ada yang menganggap dia bersikap kebudak-budakan dan tidak matang.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping