Pusingan kalah mati bagi perlawanan bolasepak Piala Dunia 2014 bermula hari ini dengan menyaksikan perlawanan pertama diantar Brazil bertemu Chile.
Separuh masa pertama menyaksikan kedua - dua pasukan terikat dengan kedudukan 1 - 1 sehingga ke masa penuh. Gol Brazil disumbatkan oleh David Luiz pada minit ke 18.
Manakala Chile berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 32 hasil jaringan Alexis Sanchez menewaskan penjaga gol Brazil, Julio Cesar.
Perlawanan diheret ke masa tambahan, namun kedua - dua pasukan gagal mememui penyudah apabila perlawanan terpaksa ditentukan melalui jaringan penalti.
Rembatan pemain Chile berjaya ditampan oleh penjaga gol Brazil membuatkan Chile ketinggalan 2-0 sebelum mereka menyamakan kembali kedudukan 2-2.
Namun, rembatan terakhir dari pemain Chile terkena palang gol membuatkan mereka tersingkir untuk mara ke pusingan suku akhir. Brazil menang, 3-2.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.