Rombakan kabinet dijangka akan berlaku dalam masa terdekat.Menurut sumber Putrajaya rombakan ini akan dilakukan sebelum akhir bulan ini yang dijangka akan menyaksikan dua Menteri baharu dilantik.
Berdasarkan sumber itu, Perdana Menteri sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan.
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan akan diberikan kerusi dalam Kabinet.
Ia berikutan sambutan yang begitu baik diterima Najib sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China yang melihat ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet.
Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri ‘yang masih kosong’ melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri.
Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu.
Menteri tersebut dari UMNO tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota UMNO dalam Kabinet. Walau bagaimanapun sukar untuk meramal keputusan Perdana Menteri.
Namun menurut sumber Najib mungkin akan bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli UMNO mengenai beberapa menteri ini.
Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu. Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri.
Sehubungan itu, media ketika ini akan memantau rapi pergerakan Najib yang dilihat bila-bila masa sahaja akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda sebelum beliau meneruskan dengan rombakan Kabinet.
Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada Menteri - Menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras. - seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.