Semalam sudah pun bermula khabar - khabar angin yang menyentuh mengenai rombakan kabinet yang dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Katanya, ada tiga orang menteri yang dilaporkan bakal meninggalkan Kabinet berikutan rombakan yang akan dilakukan tidak lama lagi.
Portal Malaysian Digest memetik dari sumber yang menyatakan, rombakan Kabinet yang bakal menyaksikan penyingkiran Menteri terbabit mempunyai kaitan dengan prestasi masing - masing.
“Mereka ini adalah antara nama yang disebut akan meninggalkan Kabinet kerana dilihat tidak dapat mengekang isu - isu melibatkan kementerian masing-masing dan meninggalkan segala-gala (untuk diuruskan) kepada Perdana Menteri.
“Perdana Menteri menerima pelbagai kesan ekoran ketidakcekapan menteri - menteri Kabinet tersebut,” kata sumber berkenaan.
Sumber itu bagaimanapun tidak menjelaskan bila rombakan tersebut akan dilakukan, sebaliknya sekadar memberitahu “ia akan berlaku tidak lama lagi.”
Namun, rombakan tersebut mempunyai kaitan dengan kepimpinan baru MCA yang memungkinkan mereka akan menerima semula jawatan Kabinet termasuk Kementerian Pengangkutan.
Sumber itu turut membayangkan akan berlaku pertukaran porftolio di kalangan Menteri sedia ada berikutan pengosongan tiga portfolio yang disebut dibawah. Diantaranya:
Kementerian Perdagangan Koperasi Negeri dan Kepenggunaan menjadi tumpuan berikutan kenaikan kos sara hidup selain menerima tekanan kerana didakwa gagal menangani persepsi yang timbul berhubung isu itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Islam pula menerima kritikan keras bukan sahaja dari dalam kerajaan, tetapi juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam kerana dilihat terlalu pasif dalam isu kalimah Allah dan penyebaran fahaman Syiah.
Manakala satu lagi ialah Kementerian Wilayah yang dikhabarkan turut terpalit dalam isu kenaikan cukai pintu di Kuala Lumpur serta kenyataan kontroversi yang timbul berkaitan dengan kewujudan Hard Rock Cafe di Putrajaya. – New Malaysian Post
PS: Apa pun, kita tunggu je la sama ada berita yang tersebar sejak semalam ni benar atau pun tidak.
Tapi bagi mana - mana Menteri yang tak buat kerja tu, sendiri mau ingat la. Ada baiknya diorang di-REHAT-kan dari terus menjadi 'Biawak Hidup'!!! Ada pun buat menyusahkan orang, tak de lagi bagus!!!
KPDNKK patut diberi kepada MCA supaya mereka ditanggungjawabkan untuk menurunkan harga barang keperluan... harga barang dikawal juga oleh bangsa mereka... kalu tak boleh trunkan barang, buang ajer mca dari kabinet...
BalasPadamYa betolll MCA patut jadi menteri pengguna kalao tk guna jugak kasi singkir...menteri yg skarang ni mintak maap cakap mmg mcm tk berfungsi harga barang naek smpai dh tk terkawal kalo jadi mentri stakat jaga harga brg kawalan baek tkyah ada mentri
BalasPadamMenteri KPDNKK tu mmg wajib. Dah tak boleh cover lagi dah. DS Najib & TS Muhyiddin pulak kena turun padang tolong dia. Hadoi.....
BalasPadamBetul kalau dulu tahun 1975 saya belibikan kembung 30 sen sekati swkarang ni naik samapai rm 7 sekilo kwnapa tak boleh buat macam dulu 50 sen swkilogram pun ok juga
BalasPadamKPDNKK elok la tukau...membosarkan anak kat kementerian...
BalasPadam