Sabtu, Jun 07, 2014


Artikel kali ini masih lagi berkisar tentang isu Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang hangat diperkatakan dalam laman media sebelum ini. (KLIK SINI)

Dari satu sudut, ada baiknya juga jika Sultan Johor sendiri yang memantaunya. Setidak - tidaknya, keadaan dapat dikawal dengan lebih baik dan efektif.

Jika kita lihat senario di Johor pada hari ini, memang wujud beberapa pembelian aset hartanah dan perumahan yang dimiliki oleh orang asing.

Mereka datang ke Malaysia dan beli aset dengan menggunakan nama serta alamat orang tempatan. Perkara ini yang perlu dikekang dan diberi perhatian khusus.

Isu berkaitan dengan pemilikan hartanah oleh orang luar ini bukannya isu baru bagi sebuah Negeri seperti Johor. Nak pulak bila mereka berjiran dengan Singapura.

Kebiasaannya, mereka akan mempergunakan proksi untuk mendapatkan keuntungan atau memiliki aset termasuk perumahan dan hartanah di Malaysia.

Makanya, tindakan tegas perlu diambil untuk mengelakkan orang asing membeli hartanah serta rumah yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat Malaysia sendiri.

Namun dari satu sudut yang lain, ada betul juga kenyataan yang dikeluarkan oleh aktivis sosial ni. Dia memandang dari sudut nama baik dan maruah Institusi Raja itu sendiri.
"Saya percaya jika diteruskan, pihak yang tidak mendapat keistimewaan itu akan menggunakan peluang yang ada untuk menokok tambah dan menghina istana dalam apa cara sekalipun," - Khairul Anuar Ramli
Memang betul apa yang dinyatakan. Sekiranya ada dikalangan warga asing yang berniat nak beli hartanah dengan menggunakan proksi GAGAL, dah tentu diorang akan menyumpah.

Yang marah dan menyumpah pun bukan orang lain. Tetapi proksi tu sendiri memandangkan dia yang menjadi orang tengah. Dan biasanya, mereka ni orang tempatan.

Perkara itu juga yang turut diketengahkan oleh Tun Dr. Mahathir dalam komen yang diberikan sebelum ini. Komen tersebut juga wajar untuk diberikan perhatian.
"Sudah ada perasaan tidak menghormati kerabat. Ini boleh membawa kepada lain-lain bentuk tidak hormat," kata beliau dalam blognya.
Sudah pasti, penghinaan tersebut akan ditujukan kepada pihak istana dalam apa jua keadaan sekali pun. Sekarang, terpulang la kepada rakyat sendiri untuk menilainya.

Adakah mereka sanggup mengadaikan tanah air sendiri kepada orang luar dan membiarkan institusi Raja itu diperlekehkan? Atau adakah mereka rela untuk mempertahankan institusi Raja dan biar tanah air sendiri terlepas ke tangan asing? Korang fikir la sendiri!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Tak perlu hiraukan manusia yg marah dgn sultan semata2 kerana tak dapat apa yg mereka nak kaut. Majoriti rakyat akan berada dibelakang sultan. Sultan pun rasanya tak gentar dgn kemarahan org mcm tu atau gertakan Tun Mahathir.

    BalasPadam
  2. Nape lagakn ngan tun plak? Xkan x leh faham baca satu perenggn jerr kot?

    BalasPadam
  3. Ada pemuda umno taraf pondan jdk tpaksa la sultan turun pdg mcemar duli mnyelamatkn tanah air tngln nenek moyang

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping