Sejak Arbakyah (nama arwah Bonda Kjee pun Arbakyah tapi dalam IC, Bakyah jer), berubah haluan menjadi seorang Muslimah yang cukup disenangi mata memandang, Kjee selalu mengikuti perkembanganmu.
Walaupun seringkali hati ini terguris dengan kelancanganmu berbicara mengikut hati dan perasaan bukan akal yang dianugerah Allah swt, namun itu hak awak sebagai seorang manusia.
Apapun Arbakyah, Kjee terpanggil menulis nota ini kerana sudah lama mengenali keluargamu, ibumu Kak Hasnah serta kakakmu yang Kjee dah lupa namanya.
Kalau dulu, awak muncul di media massa kerana keterujaanmu menepis segala yang di sekelilingmu, sejak dua menjak ini muncullah pulak kisah rumahtangga awak yang gagal buat kali ketiga.
Umum tidak tahu apa yang menyebabkan awak bercerai dengan suami pertama dulu. Tapi ramai masih tak lupa adegan depan Pasaraya Carrefour dulu dimana awak 'menghangkut satu lori' wartawan media cetak dan jugak elektronik, untuk menyerang suami kedua awak Norman Hakim.
Kini, episod budak Farhan pulak. Sama-sama saling tuduh menuduh sehinggakan cakaran mesra kucing kini dijadikan lawak oleh ramai insan di alam maya.
Langit tak selalunya cerah. Sebagai wanita, kita selalu memohon agar biarlah rumahtangga kita panas sampai ke petang. Jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Allah swt.
Walaupun jodoh tidak berpanjangan, seharusnya sebagai wanita, yang sudah dua kali berkahwin sebelum ini, awak harus tahu cara-cara nak handle budak hingusan seperti Farhan.
Jangan sebelum kahwin diwar-warkan budak yang baru berusia 24 tahun ketika itu, seorang yang cukup matang. Alahai, dalam masa dua minggu dah tahu budak itu dah cukup matang. Apa-apa jerlah.
Tetapi setelah jodoh tidak panjang, sepantas kilat diwar-warkan budak itu sebenarnya belum cukup matang untuk mengemudi sebuah rumahtangga!
Dah tau budak tu masih hingusan, sepatutnya Arbakyah bimbing dia jadi seorang suami yang matang! Bukan cara mengherdik seperti seorang ibu yang herdik anaknya! Anak kandung pun boleh lari tinggalkan rumah kalau dicakar hingga berdarah oleh ibunya! Wallahualam. - Seterusnya...
PS: Kesimpulannya, usah la Si Ostazah Pening tu nak bangga diri sangat tak tentu arah. Sedar la diri tu sikit. Tak de gunanya dia pakai tudung labuh tapi perangai tetap sama macam dulu!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.