Rabu, Julai 16, 2014


Hah!!! Dengar ceritanya Si Awek yang mengamuk depan bangunan UTC Kuantan semalam dah minta maaf secara terbuka diatas kesilapan yang dia buat.

Dia jugak katanya turut meminta maaf kepada lelaki Cina tersebut kerana bersikap kurang ajar dengan mengeluarkan beberapa perkataan berbaur perkauman.

Selain mengeluarkan kata - kata kesat terhadap lelaki Cina tu, Si Awek tu jugak turut memukul kenderaan milik lelaki itu dengan besi pengunci stereng kereta.
"Tolong sebarkan kepada orang ramai permohonan maaf saya kepada seluruh warga Malaysia disebabkan kelakuan saya. Itu bukan niat saya. 
Itu kesalahan peribadi dan (sifat) maraf. Saya yang perlu disalahkan dalam hal ini," katanya yang dipetik dari portal The Star, hari ini.
Nah!!! Sekarang awek yang mengamuk tu dah mintak maaf. Yang Si Khalid Samad tu bila pulak dia nak buat perkara yang sama? Bila dia nak mintak maaf terhadap kesilapan dia?

Jika sebelum ini, Si Khalid Samad tu didakwa bersikap biadap dengan Tuanku Sultan Selangor kerana mempertikaikan kuasa eksetkutif yang ada pada MAIS.

Kenyataan mengenai perkara tersebut turut disebut dalam titah ucapan Tuanku sendiri sewaktu merasmikan sebuah Masjid di Selangor petang semalam.

Titah ucapan Tuanku Sultan Selangor itu mendapat liputan meluas dari kalangan warga media sama ada yang Po Barisan Nasional mahu pun Pro Pakatan.

Jelas Tuanku Sultan, Si Khalid Samad tu bukannya anak jati Selangor. Maka dengan itu dia perlu belajar memahami sejarah dan undang - undang yang telah ditetapkan di Negeri itu.

Dan jelas Tuaku Sultan, perkara itu bukan kali pertama dilakukan oleh Si Khalid Samad dalam mempersoalkan tentang kuasa eksekutif dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam.
"Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam."
Nah!!! Sekarang sudah jelas bahawa Si Khalid Samad tu bersalah kerana bersikap biadap terhadap institusi yang menjaga kesucian Islam di Selangor tu.

Maka adalah wajar Si Khalid Samad tu untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka jika dia benar - benar seorang pemimpin yang bertanggungjawab. Kalau tidak, malu la dia dengan Si Awek CDM25 tu sebab awek tu jauh lebih bermaruah dari dia!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Awek takdak bola tapi ada akal. Awek tahu malu bila dibogel. Khalid ada bola tapi takdak akal. Khalid tak tahu malu bila dia telanjang. eeee ngeri aku

    BalasPadam
  2. org melayu dah hbs agaknya yaa..

    BalasPadam
  3. org melayu kat selongor dah hbs agaknya yaa.org luar buat onar di negeri sendiri blh diam.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping