Brazil sekali lagi dimalukan buat kali kedua selepas ketinggalan 0-2 kepada Belanda berakhir babak pertama aksi penentuan tempat ketiga di Stadium Nacional, sebentar tadi.
Kelemahan pertahanan terus menjadi duri dalam daging buat tuan rumah itu dengan kedua-dua gol terhasil menerusi kesilapan pertahanan, David Luiz dan kapten, Thiago Silva.
Gol pertama Belanda terhasil selepas Arjen Robben dijatuhkan Silva di dalam kotak penalti dengan sepakan penalti mudah disempurnakan Robin van Persie seawal minit kedua perlawanan.
Aksi Neymar dibangku simpanan |
Dan sekalipun permainan Brazil bertambah pantas, gawang mereka sekali lagi bocor pada minit ke-17 menerusi jaringan Daley Blind kali ini menerusi kelemahan Luiz yang gagal menanduk kemas ketika mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.
Tuan rumah sekali lagi hampir memecah kebuntuan gol pada minit ke-37 namun David Luiz dan Paulinho gagal menyudahkan hantaran menerusi sepakan percuma Oscar.
Bagaimanapun, dalam aksi separuh masa kedua, jentera serangan Brazil dilihat terus buntu untuk menjaringkan gol biarpun ada peluang menarik dari Oscar.
Namun Belanda tidak hanya sekadar berpuas hati dengan kedudukan 2-0 terus menambahkan jaringan pada minit ke-91 melalui jaringan Georginio Wijnaldum.
Brazil sebelum ini telah diaibkan oleh pasukan German dalam aksi Separuh Akhir apabila pasukan tuan rumah itu tumpas 7-1 bagi saingan Piala Dunia 2014.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.