Isnin, Julai 21, 2014


Kemelut Politik Sarawak terus bergegar apabila DAP Negeri semalam mengancam untuk menarik diri daripada Pakatan Rakyat jika PAS gagal menetapkan pendirian mengenai pelaksanaan hukum hudud di negeri ini.

Pada mesyuarat DAP Sarawak semalam, parti pembangkang itu memutuskan tidak terlibat atau menyertai semua aktiviti dianjurkan PR dan PAS berkuat kuasa serta-merta sehingga dua syarat ditetapkan mereka dipenuhi oleh PAS.

Kedua-dua syarat itu adalah PAS Malaysia kembali kepada dasar-dasar bersama manifesto PR dalam Pilihan Raya Umum lalu dan PAS tidak akan meneruskan niat untuk melaksanakan hukum hudud di Sarawak.

Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pada sidang media di pejabat DAP Sibu berkata pihaknya tidak berkompromi mengenai isu keagamaan walaupun harus ke meja rundingan bercakap tentang pembahagian kerusi pada pilihan raya akan datang sehingga kedua-dua syarat itu dipenuhi.

Katanya DAP Pusat di Semenanjung Malaysia tidak akan campur tangan dalam DAP Sarawak, bagaimanapun mereka (DAP Sarawak) akan memaklumkan resolusi mesyuarat semalam kepada DAP Pusat.

Chong berkata, mereka membiarkan kepimpinan pusat membicara perbezaan agama dengan PAS namun jika isu perbezaan agama tidak dapat diselesaikan mereka membuat keputusan keluar daripada PR.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu turut melahirkan rasa kecewa terhadap rakan dalam PR, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hanya berdiam diri terhadap isu pelaksanaan hukum hudud.

“Ketika PAS ingin meneruskan niat melaksanakan hukum hudud, PKR berdiam diri tanpa membuat sebarang pendirian,” ujarnya sambil menambah bahawa PAS Kelantan telah bertemu dengan Jabatan Perdana Menteri berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada Khamis lalu.

Chong berkata pelaksanaan hukum hudud menarik perhatian orang ramai selepas kajian dibuat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) terhadap kesahan pelaksanaan hukum hudud melampaui Pelembagaan Persekutuan.

“DAP Sarawak membuat resolusi bahawa pelaksanaan hukum hudud bertentangan dengan manifesto bersama Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum lalu, Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian dalam pembentukan Persekutuan Malaysia.

“DAP Sarawak kecewa dengan tindakan PKR yang berdiam diri dan selagi permintaan dan syarat DAP Sarawak tidak dipenuhi, kita menarik diri daripada Pakatan Rakyat dan tidak akan terlibat atau menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat dan PAS,” katanya.

PS: Heh!!! Kalau lu orang nak keluar, keluar aje la!!! Tak payah nak ugut - ugut. Nampak sangat la yang DAPigs ni nak tunjuk yang dia 'Abang Besar' dalam Pakatan sampai boleh buat kenyataan sedemikian!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping