Sabtu, Julai 19, 2014

Spesis Penganut DAPigs!!! 
Meskipun telah dikenakan waran tangkap, penulis blog kontroversi, Alvin Tan masih berdegil apabila gagal hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini untuk sebutan kes berhubung tuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadhan yang dihadapinya.

Timbalan Pendakwa Raya, Yong Ann Nee memaklumkan, waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah pada 13 Jun lalu masih gagal diserahkan kepada Alvin, 26.

Beliau kemudian memohon tarikh baharu bagi sebutan waran tangkap buat kali kedua dan notis tunjuk sebab kepada penjamin mengapa mahkamah tidak boleh merampas wang jaminan RM30,000 yang dikenakan terhadap tertuduh.

Hakim Abdul Rashid Daud kemudian menetapkan 22 Ogos ini bagi sebutan semula kes itu.

Dalam pada itu, pasangan Alvin, Vivian Lee, 25, yang dituduh bersama-samanya tidak hadir pada prosiding kali ini setelah mendapat pengecualian kehadiran dari mahkamah.

Mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee setelah dia gagal mengembalikan pasport antarabangsanya kepada mahkamah pada 3 Jun lalu.

Sebelum itu, pada 12 Mei lalu, mahkamah membenarkan penyerahan sementara pasport tersebut kepada Alvin dan Vivian atau Lee May Ling, untuk tempoh 18 Mei sehingga 3 Jun lalu bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari di Singapura.

Namun hanya Vivian mengembalikan pasportnya kepada mahkamah pada 3 Jun lalu.

Pasangan itu menghadapi tuduhan bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook berhubung kandungan gambar dan komen yang mengandungi logo Halal dan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pertuduhan di bawah subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 itu didakwa dilakukan di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di Kuala Lumpur pada pukul 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai 2013.

Mereka juga menghadapi pertuduhan mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar - gambar melalui akaun Tumblr antara pukul 9 malam, 6 Julai 2013 dan 2 pagi, 7 Julai 2013 di alamat yang sama di Kompleks Mutiara.
Categories:

3 ulasan:

  1. Dia nak takut apa sebab dia tau waran tangkap hanya atas kertas saja dan polis tak akan tangkap cina. Sebab itulah dia berani. Tak percaya kita tunggu dan lihat. Kita semua tau undang2 Najib tidak dikuatkuasa ke atas orang cina. Memang betul kata Rayer-UMNO celaka.

    BalasPadam
  2. Ini Sisekor babi JE ni, senang2 aje boleh lepas, lagibesar kepalalah mereka ni tak hormat agama bangsa kita Melayu.

    BalasPadam
  3. Cina boleh bebas buat apa sja. Melayu tak boleh. Wanita steering lock tu dah kena dakwa. Bukan besar sgt salah dia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping