Antarapos gagal mendapatkan penjelasan Majlis Bandaraya Shah Alam mengenai bayaran mencurigakan yang dikenakan oleh Depoh Tunda pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.
Kes itu berpaksikan kepada pendedahan jurugambar Antarapos, Mohd Zamri Ali yang didenda hampir RM300 atas kesalahan parkir, Isnin lalu.
Zamri diberikan resit tertulis RM300 sebagai bukti pembayaran. Namun disebabkan berang dengan denda itu, Zamri bertindak membuang resit asal itu.
Bagaimanapun, setelah didesak rakan setugasnya, Zamri bergegas ke Depoh Tunda MBSA dan meminta salinan bukti pembayarannya.
Apa yang mengejutkan, salinan resit itu tertulis jumlah pembayaran hanya RM150.
Antarapos menghubungi Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, namun usaha kami gagal apabila Shahrin enggan memberi kerjasama.
Shahrin beberapa kali mengulangi jumlah keseluruhan adalah RM270 dan meminta kami membuat perbandingan bayaran kompaun di antara MBSA dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Antarapos : Daripada jumlah RM270 berdasarkan bayaran apa?
Shahrin : Kos-kos tarik...
Antarapos : Boleh bagi perincian?
Shahrin : Nanti saya beritahu. Kita buat kerja penundaan sebab kereta diletak tepi jalan. Kita tak mahu berlaku kesesakan dan masalah-masalah lain. Kita ada terima aduan orang awam sebab kereta tak diletak secara betul iaitu ditepi jalan. Itu sebabnya kerja penundaan dilakukan.
Antarapos : Saya faham. Tapi RM270 mesti ada pecahan bayarannya.
Shahrin : RM270 terhadap kerja-kerja tunda. Itu saya boleh katakan.
Antarapos : Jumlah saman berapa?
Shahrin : Jumlah saman saya kena semak. Jika pemilik kenderaan datang semasa kerja penundaan dilakukan kita akan keluarkan kompaun. Kalau dah ditarik dia kena bayar kompaun.
Antarapos : RM270 bukankah jumlah agak tinggi?
Shahrin : Cuba awak tanya DBKL, mereka lebih RM300. Awak dan periksa dengan DBKL?
Antarapos : Belum lagi.
Shahrin : Cuba awak hubungi DBKL dan buat perbandingan.
PS: Pergh!!! Tunda kereta pun kena bayar kompaun sampai mencecah RM 300? Memang tak agak - agak betul kekejaman Rejim Pakatan Selangor ni.
Tapi selama hari ni, puak - puak Pakatan Haramjadah tu dok kutuk pihak Kerajaan dengan mendakwa kononnya diorang ni kejam dan sebagainya.
Sedangkan dalam masa yang sama, perangai diorang sendiri pun macam Haramjadah!!! Jadi, tak payah la diorang nak mendabik dada dan berlagak macam diorang bagus sangat!!!
'resit tertulis RM300 sebagai bukti pembayaran'/'salinan resit itu tertulis jumlah pembayaran hanya RM150'.
BalasPadamapa susah2, boleh pasang perangkap. bayar rm300 simpan resit kemudian mintak salinan. mungkin ini dah jadi kebiasaan.
Kerja2 penundaan sehingga mencecah lebih RM300 adalah manasabah. Tukang tarik kereta pun dibayar lebih RM700 sebuah. Saman kesalahan lalu lintas pun mencecah RM300... Curi sebatang pen RM10 dipasaraya pun kena denda mahkamah RM800 @ sebulan penjara.
BalasPadamPotong tangan percuma tanpa perlu bayar kos doktor - ramai pula yg tak mahu?