Tiada ‘pesta jaringan’ seperti yang berlaku, semalam pada aksi separuh akhir membabitkan Belanda dan Argentina dengan kedua-dua pasukan diikat 0-0 berakhir babak pertama di Arena de Sao Paulo, sebentar tadi.
Hadir dengan misi tersendiri, perlawanan yang menampilkan kualiti individu pemain berlangsung pantas namun gerakan lebih banyak berlegar di bahagian tengah tanpa percubaan benar-benar berbahaya depan gawang lawan.
Pada minit ke-13, Argentina memperoleh sepakan percuma di luar kotak penalti yang diambil bintang utamanya Lionel Messi namun berjaya dibaca tepat penjaga gol, Jasper Cillessen.
Belanda juga hampir di depan namun cubaan van Persie hasil hantaran Wesley Sneijder berjaya dihalang Sergio Romero pada minit ke-32.
Babak separuh masa kedua juga memamparkan situasi buntu kedua - dua pasukan biarpun mempunyai peluang menarik, namun gagal disudahkan.
Perlawanan yang terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua - dua pasukan seri 0-0 sebaik tamat masa 90 minit turut mengecewakan para penonton.
Penentuan terpaksa dibuat melalui sepakan penalti dimana Argentina dilihat mempunyai kelebihan apabila Belanda tidak menurunkan Tim Krul sebagai penjaga gol.
Jaringan penalti Argentina dihasilkan melalui Lionel Messi, Ezequiel Garay, Sergio Aguero dan Maxi Rodriguez. Belanda pula sekadar mampu memungut dua jaringan melalui Arjen Robben dan Dirk Kuyt. Argentina akan bertemu dengan Jerman dipusingan akhir.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.