Jumaat, Julai 25, 2014


Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk mengumumkan beliau meletak jawatan malam ini (Khamis waktu Ukraine) berikutan kemelut dalam kerajaanya.

Kenyataan tersebut telah diumumkan di Parlimen Negaranya semalam dan membuatkan Negara tersebut tiada Kerajaan Efektif pada waktu ini.
“Saya mengumumkan perletakan jawatan saya berhubung kait dengan tumbangnya ikatan (antara parti politik),” katanya.
Tambah beliau, berikutan kegagalan politik berkenaan, Parlimen sudah tidak mampu berfungsi dan meluluskan undang-undang yang perlu.

Parti Nasionalis Svoboda dan parti Udar yang diketuai bekas peninju  Vitali Klitschko menarik diri dari kumpulan pengubal undang-undang yang mengambil alih pentadbiran negara itu selepas Presiden Viktor Yanukovich digulingkan para penunjuk perasaan.

Speaker Parlimen, Oleksandr Turchynov berkata, kini terpulang kepada Udar dan Svoboda untuk mencalonkan wakil Perdana Menteri sementara untuk mengetuai Parlimen sehingga sesi baru bersidang.

(Dengan kemelut yang kronik dalam kerajaan Ukraine ini, pastinya usaha siasatan tragedi MH17 akan menjadi semakin sukar – Mynewshub)
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping