Khamis, Julai 24, 2014


Sebelum Si Nurul Izzah tu nak tunjuk pandai, baik dia baca dulu perbezaan diantara Mahkamah Keadilan Antarabangsa dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ni.

Setidak - tidaknya, tak de la dia memalukan diri dia sendiri depan orang ramai tu sampai tahap fungsi mahkamah tu pun dia tak tau!!! Nampak sangat la macam dia tak baca sebelum dia nak komen mengenai perkara tersebut!!!
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (Bahasa Inggeris: International Court of Justice; Bahasa Perancis: Cour internationale de justice) (dikenali secara ringkas sebagai Mahkamah Dunia atau ICJ) adalah organ utama kehakiman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Tempat perbicaraannya adalah diIstana Keamanan di Den Haag, Belanda. 1945 oleh Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Mahkamah ini mula beroperasi pada tahun1946 sebagai pengganti kepada Mahkamah Tetap Keadilan Antarabangsa. 

Statut Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang serupa dengan yang digunapakai oleh mahkamah tetap yang lalu, adalah dokumen utama perlembagaan mahkamah ini yang menggariskan regulasi Mahkamah.[1] 

ICJ tidak seharusnya dikelirukan dengan Mahkamah Jenayah Antarabangsa atau Undang-undang Jenayah Perang (Belgium, yang keduanya juga mempunyai bidang kuasa "global"). Bahasa rasmi mahkamah ini adalah bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.

Didirikan pada tahun Kerja yang dijalankan mahkamah dicirikan pelbagai aktiviti kehakiman. 

Fungsi-fungsi utamanya adalah untuk menyelesaikan pertikaian undang-undang yang dirujuk kepada ia oleh negara dan memberi pendapat berkenaan persoalan berkait undang-undang yang timbul kepada organ dan agensi yang dibenarkan merujuk kepadanya untuk mendapat jawapan. (Klik Sini)

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal tetap untuk membicarakan kes pembasmian kaum, jenayah hak asasi manusia, jenayah perang, jenayah kekerasan dan sebagainya. Mahkamah ini bermula pada 1 Julai 2002 apabila perjanjian Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula berkuatkuasa.[1]

Pejabat rasmi mahkamah ialah di The Hague,Belanda tetapi perbicaraan boleh diadakan di mana-mana lokasi jika difikirkan perlu, cekap, cepat dan selamat.[2] 

Mahkamah ini berbeza dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa / mahkamah dunia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan pertikaian / krisis antara dua negara.


Setakat Februari 2012, 120 negara telah menjadi ahli / mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Sebanyak 32 negara belum menandatangani Statut Rome, termasuklah China, India dan Amerika Syarikat kerana banyak mengkritik kelemahan Mahkamah Jenayah Antarabangsa ini yang tidak memenuhi citarasa dan keperluan mereka. (Klik Sini)
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping