Ahad, Ogos 17, 2014

Demikian luahan yang dibuat oleh salah seorang Anak Jati Selangor mengenai kemelut kepimpinan yang melanda Negeri kelahirannya pada ketika ini.

Pelajar di Manchester School of Architecture itu jelas kecewa dengan perkembangan semasa yang sedang berlaku di Selangor serta mengkritik pemimpin di Negeri itu sendiri.

Katanya, biarpun kedudukan Si Khalid Ibrahim tu digugurkan sebagai Menteri Besar, ianya tidak akan mengubahkan keadaan kepada lebih baik.

Sebaliknya, situasi yang lebih buruk akan terus berpanjangan sehingga tiba Pilihan Raya Umum yang akan datang memandangkan calonnya tidak sesuai.

Bagi dia, walaupun Khalid digantikan dengan Wan Azizah, namun ianya akan tetap membuatkan isteri kepada Si Ketua Penipu tu dalam keadaan kegelisahan.
MB Selangor baru atau lebih tepat lagi Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berasa gelisah kerana pada bila-bila masa sahaja jawatan tersebut boleh bertukar tangan.
Boleh jadi dirampas oleh Azmin Ali - yang kita semua tahu memang berhasratkan jawatan tersebut.
Atau boleh juga dirampas oleh PAS - parti yang memiliki kerusi terbanyak. Atau mungkin kembali kepada Khalid semula.
Barang diingat beliau masih lagi seorang ahli dewan walaupun kini berdiri atas kapasiti Bebas. Dalam politik yang sudah dicatur kotor, apa sahaja boleh berlaku.
Selain dari itu, anak muda kelahiran Selayang ini juga turut mendakwa Si Wan Azizah tu akan menumpukan perhatian kepada Politik dan kaedah nak menangani musuh.

Dalam erti kata lainnya, Si Wan Azizah tu tidak akan mempedulikan nasib rakyat dan mengabaikan Kebajikan mereka secara terang - terangan.

Malangnya, jelas penulis tersebut, tidak ada dikalangan pemimpin - pemimpin kelahiran Selangor sendiri yang dilihat layak untuk selesaikan masalah di Negeri tersebut.
Begitu lekehkah ahli politik yang merupakan anak jati selangor sehingga politik di negeri ini ditentukan oleh orang Permatang Pauh dan Kemaman? Bagaimana negeri yang paling maju dalam serba serbi ini begitu ketandusan calon yang berkualiti?
Nah! Itu membuktikan bahawa rakta Selangor sendiri pun kecewa kerana orang Politik di Selangor ni kebanyakkannya hanya RETORIK belaka. 

Setakat pandai cakap, tapi tak pandai buat kerja. Termasuk la orang UMNO dan Barisan Nasional. Masing - masing dok pikir pasal kedudukan sendiri. Bukannya diorang nak memperjuangkan rakyat sangat pun!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. 3 orang adun pkr daripada 11 adun (wan azizah dan azmin dikecualikan) diharapkan akan mengisytiharkan diri keluar parti dan menyokong tski sebagai mb selangor. adun yang benar-benar anak jati Selangor sepatutnya bertindak demikian demi menunjukkan bahawa anak Selangor tidak mahukan orang luar diangkat sebagai mb. ini sejajar dengan kemahuan anak jati Selangor dan selaras dengan hasrat DYMM Sultan Selangor.

    jawatan exco sudah pasti menanti 3 orang wira yang berani bertindak menegakkan kebenaran menafikan nafsu besar anwar ibrahim dan wan azizah. sanjungan rakyat tidak akan kunjung padam untuk 3 orang yang wira sejati yang memou menamatkan krisis berpanjangan serta mengelakkakan Selangor terpaksa menghadapi pilihanraya negeri. ganjaran untuk mereka sudah pasti berbaloi diberikan memandangkan kos pilihanraya bukanlah sedikit. istana juga tidak dapat tidak akan mengenang jasa mereka dengan anugerah tertentu yang bersesuaian.

    ayuhlah adun pkr anak jati Selangor. bangunlah untuk memastikan Selangor terus dipimpin oleh anak jati Selangor yang berpengalaman dan beramanah. jangan biarkan Selangor menjadi seperti negeri Perak semasa pemerintahan PAS selama 11 bulan yang memberi peluang kepada DAP menjadi raja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Caya lah bro. Ini baru anak Selangor yang cintakan negeri kelahiran dan perlu di pertahankan. Ini tidak Israil nak jajah plastin dibiarkan aje macan tidak ada telor.

      Padam
  2. Pas parti melayu tiada kekuatan fizikal. UMNO part melayu ada daya saing dgn parti lain.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping