Jumaat, Ogos 08, 2014


Heh! Ironik bukan? Selama ini dia yang paling lantang mengutuk pihak Kerajaan dengan menuduh kononnya bersifat kuku besi dan mengongkong Kebebasan Hak Bersuara.

Tuduhan tersebut sering kali diucapkan dalam pelbagai forum, wawancara dan temuramah yang dibuat sama ada dengan pihak media tempatan mahu pun antarabangsa.

Tapi perkembangan Politik di Selangor sejak akhir - akhir ini membuktikan bahawa Si Ketua Penipu tu seorang pemimpin yang RETORIK dan MUNAFIK dalam kata - katanya.

Dah banyak kali dah dia dilihat sering kali melacurkan Hak Kebebasan Bersuara apabila partinya sendiri mengongkong ahli - ahli dari meluahkan pandangan mereka sendiri.

Sewaktu pemilihan PKR yang diadakan baru - baru ini, berapa ramai pemimpin serta ahli diperingkat akar umbi yang digantung dan dipecat keahliannya kerana lantang bersuara?

Hanya kerana mereka meluahkan rasa tak puas hati terhadap proses pemilihan kepada pihak media menjadi alasan utama parti Si Ketua Penipu tu ambik tindakan sedemikian.

Sekarang, Kebebasan untuk bersuara itu sekali lagi dilacurkan oleh Si Ketua Penipu tu melalui pendedahan yang dibuat oleh The Malaysian Insider.

Laman portal Pro Pakatan tu hari ini mendedahkan bahawa PKR telah mengeluarkan arahan agar semua ADUN - ADUNnya mengangkat sumpah menyokong Wan Azizah.
The Malaysian Insider ditunjukkan satu salinan akuan berkanun yang dihantar kepada sekurang-kurangnya 12 daripada 14 wakil rakyat PKR di Selangor. 
Kenyataan bersumpah itu mengesahkan wakil rakyat berkenaan hilang kepercayaan kepada Khalid sebagai menteri besar dan berikrar menyokong Dr Wan Azizah untuk mengambil alih tugas itu. 

Satu sumber PKR berkata, wakil rakyat perlu menandatangani beberapa borang dan menyerahkannya kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selewat-lewatnya jam 10 pagi hari ini.
Nah!!! Dimana letaknya Hak Kebebasan Bersuara yang dilaung - laungkan selama ini jika parti dia sendiri cenderung untuk membuat paksaan secara terbuka seperti ini?

Tidakkah tindakan memaksa ADUN - ADUN tersebut menandatangani akuan bersumpah sedemikan boleh dianggap sebagai "Membunuh Kebebasan Bersuara"?

Apakah tidak layak bagi ADUN - ADUN di Selangor tu menyatakan sokongan mereka terhadap Khalid atau orang yang selain daripada Si Wan Azizah tu?

Ternyata, Si Ketua Penipu tu sekarang ni dalam keadaan yang cukup terdesak untuk menjadikan isteri dia sendiri sebagai Menteri Besar Selangor sampai sanggup ambik tindakan sedemikian. Memang dasar manusia MUNAFIK sungguh!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping