Jumaat, Ogos 08, 2014


Wah!!! Semakin menarik isu berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar Selangor ni nampak gayanya. Sampai tahap, nama Nik Aziz pun nak dikaitkan juga.

Jika sebelum ini, Bekas Menteri Besar Kelantan tu dah menyatakan sokongan terbukanya terhadap pendirian yang dibuat oleh Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Malah, dalam keputusan yang dicapai oleh Majlis Syura Ulama PAS semalam memberi gambaran jelas bahawa Mursyidul Am PAS tu masih kekal menyokong Khalid Ibrahim.

Namun sejak semalam, satu rakaman sidang media yang dibuat oleh Nik Aziz mula menarik perhatian apabila ianya bertentangan dengan apa yang diluahkan sebelum ini.

Rakaman sidang media tersebut katanya dibuat oleh Nik Aziz dalam satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PKR Kelantan yang berlansung di Kota Bharu.

Antara lain, Si Nik Aziz tu katanya tidak berhasrat mahu mencampuri urusan berkaitan dengan kedudukan Menteri Besar Selangor tu.
"Politik Selangor tu, saya dah sebut dah hari tu, Kelantan pun saya beri pada orang lain, usahkan nak ganggu Selangor pulak. 
"Kelantan yang saya buat macam anak saya pun saya beri pada orang lain, ini nak jaga Selangor buat apa, orang Selangor pandai la nak jaga Selangor ," katanya ketika ditanya mengenai isu pertukaran Menteri Besar Selangor itu.
Ada pihak yang beranggapan, tindakan menyiar dan menyebarkan rakaman sidang media tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan nama Nik Aziz.

Pihak yang terbabit didakwa cuba mahu memaparkan pendirian yang bertentangan dengan ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS sebelum ini.

Nampak gayanya, taktik lapuk yang ketinggalan zaman seperti ini membuktikan puak - puak Pakatan Haramjadah tu dah semakin terdesak nak dapatkan sokongan PAS.

Mungkin pihak yang berkenaan sangka, dengan memanipulasikan kenyataan Si Nik Aziz tu boleh membuatkan penyokong - penyokong PAS berubah hati.

Hakikatnya, Si Nik Aziz tu dah buat ketetapan terbuka secara rasmi melalui Majlis Syura Ulama PAS. Lain la kalau dia berubah hati atas faktor - faktor yang tertentu. Dah nama pun Nik Aziz tu seorang ahli Politik, jadi apa - apa pun boleh berlaku!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping