Selasa, Ogos 19, 2014


Siapakah yang bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.

Menurut pendapat Encik Ahmad Shuaib Ismail, Peguam dan Pengamal Undang - Undang menyatakan bahawa tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor. 

Dari sudut undang-undang kita sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor.

Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya “Anak Kelahiran Selangor” sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar. 

Namun UUTNS dalam perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “NATURALISASI” dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957.

Kita semua tahu bahawa Singapura pernah menganggotai Persekutuan Malaysia. Maka sekiranya rakyat yang lahir di negara tersebut ingin menjadi warganegara, mereka perlu melalui proses Naturalisasi yang membenarkan mereka menjadi warga Malaysia yang sah.

Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan, warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai Nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka. 

Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.

Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua “calon Menteri Besar” yang diketengahkan sebelum ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka. 

Mereka adalah produk naturalisasi kewarganegaraan. Maka perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Sultan Selangor. 

Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda? (Yang itu, korang fikir la sendiri!!!)
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Betul ke ni kau semut, takanla dua dua lahir di singapura pelir aku

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping