Selasa, Ogos 19, 2014


Heh!!! Tak salah bagi orang lama macam Tun nak tegur sesiapa pun. Setakat tegur untuk kebaikkan, apa salahnya? Takkan itu pun boleh dianggap berdosa?

Hari ini, Tun Mahathir tampil dengan memberi penjelasan mengenai isu yang dibangkitkan. Kalau kita baca komen Tun dalam blog dia tu pun tak de yang salah.

Jadi, kenapa puak - puak Macai Pakatan nak meroyan macam orang hilang akal tak tentu arah bila Tun tegur Datuk Seri Najib? Tak de salah pun dia nak tegur Perdana Menteri.

Dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib pun seorang yang berjiwa besar. Boleh terima teguran dari orang lain secara terbuka. Bukan setakat teguran dari Tun je.

Tak de la macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Baru tegur sikit dah melenting tak tentu arah. Siap ada pulak yang kata, "kalau u ulang, i saman u pulak".

Itu lansung jenis yang tak boleh ditegur tu. Cakap je diorang memperjuangkan suara rakyat. Tapi, bila rakyat bersuara, diorang peduli pun tidak. Yang diorang pentingkan hanya kemahuan peribadi bagi memenuhi nafsu serakah Politik diri sendiri!!!
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak berniat meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan, sebaliknya hanya memberi teguran terhadap Perdana Menteri dalam catatan terbaru dalam blognya.

"Saya tidak kata dia (Najib) patut letak jawatan, saya cuma tidak setuju dengan sebahagian daripada dasar dia.

"Ia (teguran) itu bukan bersifat peribadi. Orang lain tak tegur dia, jadi saya tegur la," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis, Universiti Utara Malaysia (IEIJS-UUM) di sini, Isnin.

Bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya berkata, beliau menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.


Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.
Categories:

8 ulasan:

  1. Teguran Tun M, memang benar beliau berpengalaman jujur dn sayang agama bangsa dn negara Malaysia yg sentiasa dirahmati Allah.jadi ketua negara mesti tegas berani bijak tidak boleh lemah baru penghianat bangsa tak berani nak melanggar undang2 negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah tu. Dah banyak duit dia dah curi, bukan dia je, seluruh ahli keluarganya, tapi U semua buat tak tahu. Baca lah dulu, baru U semua tahu macamana dia sudah rogol kekayaan Malaysia.

      Padam
    2. Tun bole saman tak orang yang membuat tuduhan ni?

      Padam
    3. Menuduh org mencuri tanpa bukti memang sedap.

      Padam
    4. Jangan menuduh orang tanpa bukti, kalau lu banyak beranai lu pegi repot sama SPRM lah bahlul...Anwar tu lagi bapak penipu, dia bukan sahaja rogol lu tapi rogol rakyat malaysia semua sebab itu kita namakan PKR sebagai Parti Kencing Rakyat. Ape lu buta ka? Tak nampak ape Anwar buat...Aiyo bolo punye olang..!

      Padam
  2. Tanpa nama 6.58 minit petang....otak awak ni sihat ke? Setahu orang pas, pkr dan dap mempuyai IQ yang rendah semacam aewk ini.....tak tahula apa nak jadi dengan melayu beragama islam sekatang ini di malaysia

    BalasPadam
  3. Akhir zaman, yg tuduh tanpa bukti memang sedap, sbb tu ramai yg percaya. Yg ada bukti, ada video, ada saksi xsedap, ramai xpercaya.

    BalasPadam
  4. Laki bini yang memegang amanah tanah bernilai tinggi di Kelantan tu tak nak komen ke. Tak pa ke.
    Kalaulah Tun M dengan Siti Asmah atau Najib dengan Rosmah buat macam tu rasanya kiamat dunia ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping