Nampak gayanya tindakan dua orang ADUN PAS Selangor yang bertindak membelakangi parti semalam menimbulkan rasa tak puas hati dikalangan pemimpin PAS.
Jika tadi kita dah baca kenyataan dan pandangan yang diluahkan oleh anak kepada Si Nik Aziz tu mengenai isu yang melanda Selangor pada ketika ini.
Sekarang giliran seorang lagi pemimpin PAS Perak pulak meluahkan rasa tak puas hati dia terhadap tindakan yang dianggap mengkhianati perjuangan parti itu.
Bagi pemimpin PAS Perak tu, pengkhianatan yang dilakukan oleh dua orang ADUN tersebut membuktikan yang mereka tidak mempunyai kesabaran yang tinggi.
"Kalau 13 orang lagi boleh bersabar dan ikut arahan parti, kenapa kamu berdua sudah membelakangi parti sendiri?"
Demikian persoalan yang dibangkitkan oleh pemimpin PAS tersebut selain turut mempersoalkan mengenai "tawaran baik hingga meleleh air liur".
Ternyata, apa yang dilakukan oleh dua orang pemimpin PAS itu bukan sahaja memalukan parti, malah ianya membuka ruang kepada perpecahan dalam PAS.
Apa yang jelas, tindakan mereka itu dilakukan bukan atas dasar mahu memperjuangkan Islam kerana menyokong seorang wanita menjadi Menteri Besar.
Ianya terang - terangan melanggar tuntutan Islam dimana adalah dilarang melantik seorang wanita bagi sesebuah wilayah sebagai pemimpin utama selagi ada lelaki yang lebih layak.
Maka, dalam mempersoalkan sejauh mana dua orang ADUN PAS tu nak memperjuangkan Islam sudah tidak menjadi isu utama. Dah nampak sangat diorang juga turut membelakangkan tuntutan Islam. Tapi tak payah la diorang nak heret orang lain sekali!!!
Campurgaulsemuanyabiarhancur.
BalasPadamitulah kejayaan anuar. dapt juga dia memanaskan pas yg tak setuju dengan jijah. amekaw
PadamSiapa tak kenal dan asal usul beruk2 itu memang nak kena kelentong dan dkencingkan. Gelojoh. Tak menyempat. Rembat. Dah entah apa2lah. Lu pikir2kanlah. Selamat berdoa mintak ampun mintak selamat dunia akhirat.
BalasPadam